2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Seberapa pintarkah anda?

Hasil kajian sains yang terbaru menunjukkan manusia yang mempunyai saiz otak yang lebih besar mempunyai lebih ramai kawan. Mengekalkan hubungan persahabatan termasuk rakan-rakan laman sosial memerlukan kekuatan otak untuk berfikir.

 

Kajian menunjukkan otak manusia perlu menguasai lebih kemahiran kognitif iaitu memahami pemikiran seseorang. Saintins berpendapat wujudnya hubungan di antara bilangan rakan yang anda miliki dengan saiz bahagian korteks pre-frontal orbital iaitu bahagian otak yang terletak di atas bahagian mata anda.

 

Ujian dijalankan ke atas 40 orang peserta dan anatomi imej MR otak bahagian korteks pre-frontal orbital mereka diambil untuk diukur. Para peserta kajian diminta untuk menyenaraikan nama rakan-rakan yang mereka kenali atau yang baru mereka kenali dalam jangka masa seminggu.Tahap keupayaan mereka untuk memahami apa yang difikirkan oleh orang lain diuji kerana ia merupakan aspek yang penting dalam mengendalikan dunia sosial manusia.

Kajian itu yang ditaja sepenuhnya oleh British Academy Centenary Research Project dan British Academy Research Professorship, buat pertama kalinya menunjukkan kecekapan di dalam kemahiran bersosial ditentukan oleh saiz otak manusia.

 

Professor Robin Dunbar daripada Universiti Oxford berkata "kami telah membuat satu penemuan yang menunjukkan individu yang mempunyai lebih ramai rakan mempunyai bilangan neural yang lebih di bahagian korteks pre-frontal orbitalnya"

"Pemahaman hubungan di antara saiz otak individu dan bilangan rakan-rakannya telah membantu manusia untuk memahami mekanisme yang membawa kepada pembentukan otak manusia yang lebih besar daripada spesies primal yang lain. Bahagian Lobus Frontal otak manusia telah membesar secara mendadak semenjak 50 juta tahun yang lalu. Hanya jumlah masa yang diperuntukkan untuk bersosial, geografi, personaliti dan jantina yang membezakan bilangan rakan-rakan yang dimiliki mereka." kata beliau lagi.

Saiz otak anda menentukan kemahiran bersosial anda yang membolehkan anda mempunyai ramai kawan.


* Sumber dario dailymail

 

Unknown , Jumaat, Disember 07, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog