Soal pembahagian harta pusaka kepada anak yang tukar jantina daripada lelaki kepada perempuan bukan isu mudah
KECENDERUNGAN lelaki menjadi wanita atau sebaliknya berlaku lebih dipengaruhi oleh faktor suasana.
Ini kerana satu lagi faktor - ketidakseimbangan hormon - boleh dirawat dan telah dibuktikan dalam beberapa kes di Barat.
Ini dijelaskan oleh seorang ilmuwan dari Pulau Pinang, Malaysia, Dr Danial Zainal Abidin, ketika menjawab satu soalan mengenai menukar jantina dan implikasi dari segi hukum Faraid.
Beliau diajukan pelbagai soalan, terutama yang berkaitan dengan sains, dalam satu sesi "Anda Bertanya, Dr Danial Menjawab" yang berlangsung di Masjid Darul Ghufran, Singapura baru-baru ini.
Antara soalan yang diajukan menerusi pengerusi sesi, imam eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaludin Abdul Wahab, ialah hak anak yang bertukar jantina daripada lelaki kepada perempuan.
Apabila ayahnya meninggal, bagaimanakah pembahagian pusaka kepada anak itu?, adakah sebagai hak anak lelaki (ikut asal) atau perempuan (selepas pembedahan).
Semasa menjawab, Dr Danial berkata ia bukan isu mudah. Pertukaran jantina adalah isu besar dan mengupasnya dengan membincangkan proses kejadian manusia.
Beliau memetik ayat Al-Quran: "Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada". (At-Thaariq: 5-7).
Semasa mengkaji ayat yang berkaitan dengan ilmu embriologi itu, ada ulama mentafsirkan bahawa ia adalah air mani.
Namun, beliau berkata ayat itu menyebut air sahaja, bukan mani.
Penyelidikan dalam ilmu embriologi membuktikan betapa tepat ayat itu. Kededua benih lelaki dan perempuan terpancar. Benih lelaki, yang disebut sperma, dipancut dalam air mani sementara benih wanita, yang disebut ovum, dipancut oleh ovari menerusi proses yang dipengaruhi hormon. Air pancutan itu dipanggil anthrem fluid (cecair). Apabila kededuanya bertemu, maka berlaku persenyawaan.
Tetapi, saintis Barat berasa pelik dengan ayat mengenai air yang dipancar antara sulbi dan dada mengkritik kononnya Al-Quran silap.
"Saya tulis dalam buku bahawa Allah tidak silap tetapi para saintis itu yang silap. Penemuan sekarang menampakkan kecantikan ayat itu.
"Ia menunjukkan sistem peranakan asalnya bukan ada di bawah seperti yang kita faham tetapi di dada. Sistem peranakan lelaki ada di dada pergi ke pinggang. Hari ini baru kita faham dan kagum kenapa Allah kata air terpancut antara sulbi (pinggang) dan taraib (dada).
"Rupanya Allah menceritakan bahawa air yang mengeluarkan benih ini melibatkan dua tempat iaitu sulbi dan taraib. Fasa-fasa itu menghasilkan organ yang akhirnya mengeluarkan air pancutan seperti yang disebut dalam ayat: Allahu akbar.
"Jika organ lelaki, dia pergi ke tempat kelakian; jika terhasil organ ovari, ia pergi ke tempat perempuan, maka jadilah perempuan.
"Kejadian manusia dipengaruhi oleh sistem yang lengkap, termasuk gen dan hormon. Tiba-tiba kita hendak tukar jantina - hukumnya haram.
"Sebab itu bab faraid tidak jadi perkara besar dan menjadi perkara sampingan kerana perkara lebih besar ialah pelanggaran hukum.
"Justeru, pada hari ini orang yang lelaki tetapi jiwa dirasa perempuan dan sebaliknya sebenarnya dia dipengaruhi oleh suasana," jelasnya.
Menurutnya, apabila isu itu dibincang di Malaysia, kononnya Allah tidak adil kerana diri nampak lelaki tetapi berjiwa perempuan, beliau tidak berani mengukur. Sebaliknya, beliau membuat penyelidikan, termasuk penyelidikan pakar di Amerika dan United Kingdom.
"Pakar-pakar di Barat menyatakan bahawa ia kadangkala dikuasai situasi dan sedikit oleh hormon. Ia boleh diatasi dengan kaunseling dan ubat-ubatan. Hasil kaunseling, orang seperti itu di Barat kembali asal dan berkahwin, tanpa perubahan apa-apa. Dapat anak pula. Tiada masalah," jelasnya.
Soal normal atau tidak bukan sahaja melibatkan golongan demikian.
Orang lelaki yang terlalu cenderung terhadap wanita sampai berlaku pemerkosaan, atau kecenderungan pada kaum sejenis, juga tidak normal dan ini juga tertakluk pada hukum dan boleh diubat.
"Ia adalah satu bahagian ujian bagi orang serupa itu. Ujian bagi kita datang dalam bentuk lain. Tetapi setiap orang ada ujian.
"Yang penting ialah menyedari bahawa konsep yang diajar ialah "kamu ingat Aku (Allah), Aku (Allah) ingat kamu".
"Selesaikan masalah ikut agama dan Allah akan tolong. Jangan terbabas.
"Tetapi kalau sudah terlajak dan telah buat pembedahan, sebaiknya kes seperti ini dirujuk kepada Mufti yang melakukan banyak perbincangan sebelum memutuskan sesuatu hukum.
"Baik saya diam dan tidak mencelarukan fatwa," ujar beliau.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "