Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 4:03 PM

12Rabu,Disember

Lebih 400 penderma darah diperlukan setiap hari di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2012 - Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.

Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan berkata, ini bagi memenuhi permintaan hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan kira-kira 3,000 unit (1 unit sekitar 0.5 liter) darah merah seminggu.

"Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Roshida berkata, setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa, dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata, sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat.

  Dr Roshida juga berkata, pusat itu kini mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kerana dijangkakan akan berlaku kekurangan dalam trend pendermaan sepanjang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Pada musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan bercuti lebih lama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan walaupun keinginan untuk menderma darah itu ada, biasanya hasrat itu ditangguhkan sehingga mereka kembali daripada bercuti," katanya.

Mereka yang ingin menderma pada pada Hari Krismas boleh berbuat demikian di Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak dari pukul 8 pagi hingga 4 petang atau melayari laman web www.pdn.gov.my  bagi mendapatkan maklumat mengenai jadual kempen derma darah bergerak. - Bernama

Unknown , Rabu, Disember 12, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog