Khabar angin 21.12.12: Satu lagi stigma negatif dunia
NEW YORK, 12 Disember 2012 - Khabar angin yang bertiup kencang mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012 apabila kitaran 5125 tahun yang dikenali sebagai ‘Long Count’ dalam kiraan kalendar Mayan mulai meresahkan penduduk dunia.
· Rusia antara negara yang cukup kuat berpegang kepada pemikiran mistik telah mengambil langkah awal berjaga-jaga menjelang tarikh keramat itu.
Bermula minggu lepas, kerajaan Rusia memutuskan untuk menamatkan ceramah mengenai kiamat.
Menterinya memberitahu, beliau mempunyai akses kepada kaedah pemantauan yang bakal berlaku di Bumi kerana yakin dunia tidak akan berakhir Disember ini walaupun Rusia terpaksa berhadapan dengan bencana alam seperti ribut salji, ribut ais, tornado, banjir, masalah pengangkutan dan makanan, masalah elektrik serta bekalan air.
· Jaminan serupa turut dikeluarkan oleh doktor kebersihan Rusia yang menyangkal khabar angin berhubung dunia bakal berakhir tidak lama lagi.
· Di Perancis pula, pihak berkuasa merancang untuk menghalang akses ke gunung Bugarach di selatan negara itu untuk memastikan pelawat tidak datang lagi ke sana bagi melindungi kawasan yang dikatakan suci dan bertuah itu menjelang akhir zaman.
· Sementara itu, paderi di Gereja Ortodoks Ukraine baru-baru ini juga ada memberi jaminan yang kiamat pasti tiba tetapi bukan berdasarkan kepada kalendar kaum Mayan yang mengatakan dunia bakal berakhir pada bulan ini.
· Di Mexico yang mempunyai penduduk kaum Mayan paling ramai dijangkakan akan mengadakan satu perayaan kebudayaan Mayan pada 21 Disember ini untuk membuktikan segalanya akan bertukar baik selepas itu menjelang tahun 2013.
· Di Ulan-Ude pula, kawasan di rantau Buryatiya, rakyatnya dilaporkan melakukan pembelian secara panik dengan membeli stok makanan dan menyimpan lilin kerana percaya pada tarikh itu mereka akan hidup dalam kegelapan.
Ini merupakan arahan yang dikeluarkan oleh sami Tibet yang dikenali sebagai Oracle Shambhala melalui siaran televisyen Rusia.
Dalam pada itu, minggu lalu, penggubal undang-undang di Moscow, Mikhail Degtyaryov turut menggesa supaya stesen televisyen utama Rusia menghentikan stigma negatif dari terus menyiarkan berita mengenai hari pengakhiran dunia.
“Anda akan dapat rasakan yang dunia berakhir ini hanyalah merupakan projek komersial semata-mata.
“Lihat saja berapa ramai rakyat yang ditipu dan terpaksa berkejar-kejar untuk mendapatkan barangan runcit dan barangan lain. Ini hanya untuk keuntungan perniagaan semata-mata,” kata Mikhail.
Untuk tiga minggu pertama menjelang tarikh akhir dunia itu, Rusia hanya cuba membuat jenaka pedas terhadap rakyatnya sendiri termasuk cubaan peniaga yang menaikkan harga barangan runcit ke peringkat tidak masuk akal.
Kiamat berlaku 21 Disember 2012?
DUNIA sains sendiri tidak dapat memberi pengesahan atau kesahihan berhubung hari kiamat bakal berlaku walaupun merujuk kepada kalendar Mayan, dunia bakal berakhir pada 21 Disember ini.
Walaupun kaum Mayan telah membuat kesimpulan mereka secara astrologi, tetapi banyak kepercayaan lain memberi pandangan berbeza-beza mengenai hari kiamat.
Musim sejuk 2012, pembangunan dan tanda-tanda akhir dunia mungkin menyokong khabar angin mengenai tarikh terakhir dunia mengikut kalendar Mayan.
Kebanyakan agama percaya Tuhan mempunyai sistem penghakiman dan kepercayaan tersendiri dalam setiap kes. Misalnya, ketika hari kiamat berlaku dan bumi sedang dimusnahkan, orang-orang alim akan dibawa ke syurga dan terus tinggal di sana.
Walaupun begitu, masih ramai lagi yang meramalkan hari kiamat akan datang tanpa berlaku sebarang insiden. Hakikatnya, tarikh terakhir dalam kalendar Mayan turut menjadi punca ramai yang memberi perhatian kerana tarikhnya sudah terlalu hampir.
Manakala agama Yahudi pula mempunyai spesifikasi terakhir mengenai tarikh hari kiamat iaitu ia bakal berlaku dalam bulan Oktober 2240.
Orang Yahudi percaya setiap 1,000 tahun akan ada hari untuk Tuhan dan mereka percaya segala-galanya akan kembali kepada Tuhan di antara 1 Januari 2001 dan 31 Disember 3000.
Bagi penganut agama Kristian pula, mereka juga tidak dapat memberikan tarikh-tarikh tertentu mengenai hari kiamat sebaliknya percaya jika iman semakin berkurang, keganasan meningkat, berlaku peperangan di dunia dan bencana alam yang memuncak sebelum kemunculan Tuhan di muka bumi ini.
Ramai pemimpin agama dunia pula melihat kadar jenayah yang semakin meningkat, tsunami yang berlaku kebelakangan ini, gempa bumi, ribut taufan dan peperangan yang semakin banyak berlaku menunjukkan tanda-tanda kiamat bakal berlaku.
Pada tahun 2005, La Vos De Aztlan melaporkan yang perbuatan "lama dan baru" merupakan kepercayaan agama kaum Mayan yang ada kaitan dengan akhir zaman.
Kalendar kaum Mayan adalah menggunakan astrologi dan mereka yang lebih awal tahu untuk mengesan bintang di langit.
Mereka juga berjaya mengkaji sistem dalam alam semesta yang kemudiannya dapat dikesan saintis semula beratus-ratus tahun kemudian.
Selain itu, kalendar kaum ini pula berdasarkan penjajaran planet Zuhrah yang berhubung dengan bumi atau kedudukan bintang tertentu dan hubungan mereka kepada planet dan sistem solar.
Bagaimanapun, setakat ini, kalendar mereka terbukti paling tepat kerana telah menzahirkan kewujudan bintang dan sistem solar beribu-ribu tahun dahulu.
Sementara itu, kaum mereka juga meramalkan masa tidak dapat lagi diukur selepas 21 Disember ini kerana ia tidak akan lagi menjadi konsisten dalam corak yang sama seperti hari ini.
Secara ringkasnya, apabila bumi berputar pada kelajuan yang berbeza, hari-hari di bumi akan bertukar menjadi lebih panjang atau lebih pendek.
Begitu juga jika orbitnya yang mengelilingi matahari berubah, tempoh setahun juga tidak terjadi secara statistik.
Perubahan ini secara tidak langsung menjadi punca dalam satu hari tidak lagi terdiri daripada 24 jam dan tahun tidak lagi menjadi 365 hari.
Menurut Kajian Kajibumi Amerika Syarikat (AS), dalam tahun 1900-an terdapat 110 gempa bumi yang cukup besar berlaku sehingga menyebabkan 1,000 orang maut.
Setiap tahun, kejadian gempa bumi berlaku semakin meningkat menyebabkan mereka percaya angka kematian juga bakal meningkat tahun demi tahun.
Ribut taufan dan ribut tropika juga semakin banyak dapat dikesan kebelakangan ini.
Menurut Jabatan Taufan AS, taufan lebih kerap berlaku pada penggal pertama tahun 1900 dan ia juga meningkat tahun demi tahun sehingga 39 peratus pada separuh kedua.
Kebelakangan ini, laporan berita dari CNN turut menunjukkan rekod ribut taufan melanda AS terutama sekali lagi pada tahun 2005.
Satu lagi fenomena semulajadi yang sedang berlaku ketika ini telah menguatkan lagi teori kaum Mayan mengenai nasib bumi ialah pemanasan global atau secara khususnya ais di muka bumi mula mencair.
Media ada melaporkan ais yang beku selama 100,000 tahun akan mula mencair akhir abad ini sementara air di Artik juga mencair dua kali ganda lebih cepat di seluruh dunia.
Bob Corell yang merupakan salah seorang pihak berkuasa dunia mengandaikan dalam 25 tahun atau 30 tahun akan datang, paras laut akan meningkat 10 inci dan meningkat lagi tiga kaki dalam tempoh 100 tahun akan datang.
Katanya, senario ini akan menyebabkan semua kawasan rendah dunia akan terjejas dan dipercayai ketika itu negara Belanda bakal hilang akibat tenggelam.
Dalam pada itu, pada 23 Ogos 2005, pasukan Teknologi Harian India ada mendedahkan laporan mengenai keseluruhan planet bumi ini.
Mereka mendakwa, plat anjakan tektonik, gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan tsunami semakin meningkat dalam kadar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
“Banjir dan kemarau juga berlaku dengan keadaan yang luar biasa sekali,” menurut laporan itu.
Hakikatnya, semua ini berlaku kerana ia menjadi sebahagian daripada kitaran semulajadi sistem solar. Sama juga seperti setiap musim panas, ais akan mencair dan kenaikan suhu bumi boleh menjadi sebahagian daripada perubahan dalam sistem solar.
Sejak akhir-akhir ini, menjelang 21 Disember, terlalu banyak spekulasi hari kiamat muncul hakikatnya tiada siapa dapat meramalkan tarikh sebenar hari pembalasan itu.
Kita sendiri tahu, sistem solar serta planet ini hidup dan kitaran yang berlaku wujud sejak berbilion-bilion tahun dahulu.
Kita juga tahu dunia melalui kitaran dan pernah lari sedikit dari paksinya dan agak mustahil musim baru boleh bermula untuk membetulkan fenomena semulajadi bumi ini.
Sesuatu perubahan memang boleh berlaku pada 21 Disember ini tetapi kita akan kembali menarik nafas lega apabila kalendar beralih ke abad yang baru.
Orang ramai yang menyimpan bekalan makanan dan melakukan persediaan untuk menghadapi ‘hari kiamat’ di seluruh dunia ialah manusia yang jenis paraoid dalam kuasa.
Menjelang 2010 lagi ramai penduduk dunia mula bersikap paranoid tetapi tanpa bukti saintifik yang kukuh, masa sendiri akan menukar ramalan yang dibuat oleh kaum Mayan itu.
12.12.12 hari pengakhiran dunia atau permulaan dunia baru?
SEGELINTIR orang percaya yang kiamat bakal berlaku sama ada 12 Disember atau 21 Disember ini. Namun, ia terpulang kepada tafsiran masing-masing.
Tetapi sains menunjukkan hari itu tetap akan berlaku selepas esok (12 Disember) dan juga selepas 21 Disember tanpa mengira kalendar Mayan yang akan berhenti.
Sesetengahnya melihat hari kiamat dalam corak unit dalam angka 12-12-12 atau 21-12-12 dan ada yang melihatnya sebagai meraikan permulaan baru yang lebih baik.
Seluruh dunia bakal menyambut penentu ukuran pada musim sejuk pada 21 Disember ini dan ada yang mempercayai ketika ini manusia boleh melakukan penjajaran rohani.
Smisek dan Jolane Bakley juga akan mengetuai bacaan doa dan meditasi bagi menghubungkan orang ramai antara satu sama lain dengan bumi semasa musim sejuk 21 Disember ini pada jam 12.12 tengahari dan semua orang mesti bertakafur selama satu minit.
Di Taman Madison New York pula, beberapa artis dan pemuzik tanah air akan mengadakan konsert bagi memperingati mangsa taufan Sandy.
Konsert pada 12 Disember yang bermula jam 6.30 petang ini akan menampilkan artis terkemuka seperti Bon Jovi, Eric Clapton, Dave Grohl, Billy Joel, Alicia Keys, Chris Martin, Bruce Springteen, Kayne West dan ramai lagi.
Dijangkakan ramai juga pasangan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh keramat itu.
Kaum Mayan sendiri akan mengadakan majlis perkahwinan mereka sendiri secara besar-besaran bagi pasangan yang mahu berkahwin pada tarikh itu dikenali sebagai “perkahwinan Mayan beramai-ramai.”
Turut dijangkakan, 12 pasangan akan bernazar di runtuhan Mayan Cahal Pech pada hari kaum Mayan meramalkan satu permulaan baru bakal berlaku.
Pada 21 Disember pula, gereja Unity Lincoln akan meraikan kelahiran pada jam 7.30 pagi bagi menandakan satu kitaran hidup dan permulaan yang lain pada 22 Disember.
Kita akan tetap merasakan 12-12-12 akan berlalu seperti hari-hari biasa manakala 21-12-12 pula akan berlalu seperti hari-hari yang lain.
Menurut Profesor Eric Calson dari Universiti Wake Forest, walaupun tarikh-tarikh itu merupakan tarikh ramalan kiamat, ia hanyalah semata-mata tarikh seperti juga tarikh-tarikh lain yang ada dalam kalendar.
Saintis turut berkata, walaupun tarikh akhir tercatat 21 Disember sebagai tarikh akhir dalam kalendar Mayan, ia tidak bertujuan untuk meramalkan tarikh akhir dunia.
Sebaliknya, ia menandakan satu tempoh penciptaan dan permulaan yang lain dalam erti kata lain kitaran yang baru selepas 5,126 tahun selepas tarikh akhir dalam kalendar Mayan.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "