Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa.
Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuskan proses yang menggalakkan penyelewengan.
Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia.
Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?"
Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas.
"Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'.
"Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut.
Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi.
Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan.
Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut.
Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun.
Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat. - Malaysiakini

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "