2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 3:11 PM

6Khamis,Disember

Ancaman ubat perangsang seks

Ubat tradisional bentuk kapsul tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna


 

KUALA SELANGOR, 6 Disember 2012 - Lambakan ubat kuat seks tradisional atau moden di pasaran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan ancaman kepada pengguna di daerah ini  terutamanya  yang mengalami masalah hubungan kelamin.

 

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Dr Mohamed Azahar Mohamed Nawi berkata, Kuala Selangor juga tidak terkecuali berdepan dengan lambakan ubat peransang yang dijual di farmasi atau kedai ubat disebabkan wujudnya permintaan orang ramai.

 

Menurutnya, memang mudah untuk memperdaya pengguna yang mengalami masalah hubungan kelamin dengan hanya menjanjikan kepuasan kepada mereka sedangkan jika tersilap langkah akan membuatkan pengguna merana atau mungkin menyebabkan mati pucuk.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKSKS) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penjualan ubat atau pil kuat ini di pasaran dan hanya mampu untuk memberi nasihat atau menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sesuai untuk mengambil ubat tersebut atau tidak.

 

Bukan semua pengguna boleh mengambil ubat ini kerana boleh mengundang bahaya terutamanya pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang,” katanya yang diminta mengulas isu penggunaan ubat perangsang seks yang mula berleluasa di daerah ini.

 

Mohamed Azahar berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan beberapa jenis ubat yang mempunyai kelulusan kementerian yang boleh didapati di hospital, klinik dan farmasi, namun mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

Ini kerana kemungkinan yang dikhuatiri  mengambil ubat  tanpa nasihat daripada doktor atau yang tidak diluluskan kementerian, ia boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa pendek atau panjang bergantung kepada kesesuaian ubat itu kepada pesakit.

 

Mungkin ubatan seumpama ini memberi keupayaan atau membantu mengatasi masalah mereka dalam masa singkat, namun kita bimbang jika ubat dicampurkan dengan bahan kimia yang berbahaya, ia mungkin akan memudaratkan pesakit dengan kesan sampingan lain.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil pil, kapsul atau jamu yang dijanjikan akan memberi kesan yang memuaskan tanpa meneliti terlebih dahulu preskripsi yang disediakan sama ada mempunyai kelulusan kementerian dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,” katanya. - WARTAWAN SINAR HARIAN

Unknown , Khamis, Disember 06, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog