BERWASPADA... wanita separuh umur berisiko diserang sakit jantung seperti lelaki.
STIGMA masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit nombor satu yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu.
Namun ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan susah untuk dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama saja di antara lelaki dan wanita.
Menurut Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat berbanding lelaki.
“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
KOMBINASI BAHAYA... makanan tinggi kandungan lemak termasuk mentega, minyak dan daging merah antara faktor risiko sakit jantung.
“Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi ‘ibu’ kepada penyakit kardiovaskular,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.
Kajian terkini dilakukan Women Heart Health Organisation (WH2O), organisasi naungan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), terhadap 5,195 responden berusia dari 20 hingga 70 tahun mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.
“Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.
“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya.
Jelasnya, ramai masih tidak ambil tahu dan kurang memberi perhatian terhadap penyakit ini kerana sering ‘dimomokkan’ jika sakit jantung saja pasti ia membabitkan golongan lelaki.
“Masyarakat perlu memperbetulkan andaian begitu kerana zaman sudah berubah. Tiada apa yang mustahil, apatah lagi corak kehidupan kita berubah sepenuhnya.
“Wanita lebih berwaspada terhadap penyakit seperti kanser payudara dan serviks hingga kurang mengambil berat kesihatan jantung mereka, walhal punca kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser di kalangan wanita,” katanya.
Punca
Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
Tanda serangan
Ø Sakit dada
Ø Sesak nafas
Ø Pening kepala
Ø Jantung berdebar
Faktor
1) Asap rokok
v Mempercepatkan pembekuan darah
v Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
v Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
v Tekanan
v Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
2) Kandungan lemak tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging
3) Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung
4) Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung
5) Kencing manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung
Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
· Keturunan menghidap penyakit jantung
· Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
· Merokok
· Gagal kawal tekanan darah
· Hidap penyakit kencing manis
· Tekanan
· Kurang bersenam
Mengurangkan risiko sakit jantung
§ Berhenti merokok
§ Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis
§ Kawal tekanan
§ Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu, kambing, kerbau dan yang sepertinya
§ Mula bersenam
§ Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolesterol, oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap badan.
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD, hidayatulakmal@hmetro.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "