BONN, Jerman - Sekumpulan penyelidik Jerman mendapati hormon oxytocin berupaya mempertahankan sesuatu hubungan dan membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada orang yang mereka anggap menarik.
Penyelidik terdiri daripada profesor dari University of Bonn, di sini, berkata 'hormon monogami' bertindak sebagai 'penanda kesetiaan' pada lelaki dan meningkatkan kepercayaan antara pasangan serta rakan-rakan.
Oxytocin merupakan hormon yang dihasilkan pada bahagian otak yang dipanggil hypothalamus, yang terlibat dalam interaksi sosial, seperti membentuk kasih sayang dan hubungan antara ibu bapa dan anak dan juga antara pasangan.
Penyelidik berkata, paras oxytocin pada lelaki menyebabkan mereka yang sedang menjalinkan hubungan menjauhkan diri daripada wanita lain yang dirasakan menarik, kerana bahan kimia itu dikatakan mampu membuatkan seseorang itu setia.
Dalam kajian itu, lelaki yang berkahwin atau sedang 'menjalinkan hubungan' diberi satu dos oxytocin (melalui semburan hidung), berasa lebih selesa menjarakkan diri mereka daripada wanita lain.
Ketika wanita itu semakin menghampiri mereka, lelaki tadi akan berasa tidak selesa.
Sebaliknya, lelaki bujang yang diberi oxytocin dan lelaki berkahwin yang diberi bahan lain tidak pula berasa tidak selesa dengan wanita yang rapat dengan mereka ketika kajian itu dijalankan.
Oxytocin mendorong lelaki yang sedang menjalinkan hubungan untuk menjarakkan diri mereka antara 10 dan 15 sentimeter daripada wanita lain, walaupun mengakui wanita itu menarik, tetapi tidak bagi lelaki bujang, kata seorang daripada penyelidik, Rene Hurlemann.
Dalam kajian berasingan, penyelidik juga mendapati oxytocin tidak mempunyai kesan terhadap jarak di kalangan lelaki dan juga bahan ujian melibatkan lelaki. - AGENSI

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "