2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:00 PM

23Jumaat,November

Bukan senang membina bahagia

Pengantin lelaki perlu menunaikan janji menjaga dan mendidik isteri sebaiknya kerana semua itu terkandung dalam taklik yang dilafaz.


 

PERSOALAN mengenai jodoh memerlukan kesabaran kerana ia melibatkan soal kehidupan. Dalam memilih jodoh kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa atau bersikap memaksa. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menerima dan menyayangi diri kita.

 

Jodoh, ajal, maut dan rezeki semuanya daripada ALLAH SWT. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu meminta dengan berdoa. Namun, ke kadang seseorang itu akan diuji bagi menguatkan lagi tahap keimanannya.

 

Minat namun diri langsung tidak dipandang

 

Ramai yang bertanyakan mengenai kesukaran untuk mendapat jodoh, meminati seseorang tetapi empunya diri langsung tak dipandang dan bermacam-macam lagi. Kesukaran mendapat jodoh bukan disebabkan cantik atau buruk seseorang itu, namun disebabkan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang.

 

Bersama ini disertakan tujuh punca jodoh terhalang dan cara mengatasi permasalahan itu antaranya:-

 

      Tidak mendapat restu ibu bapa.

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Keredaan ALLAH terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa,” (Riwayat Tirmizi )

 

      Gangguan ilmu hitam.

Kadang kala si polan itu sendiri tidak sedar bahawa dirinya telah terkena ilmu sihir. Tanda-tanda seperti orang masuk meminang tetapi tidak pernah jadi, apabila bertunang putus di tengah jalan dan macam-macam lagi memberi peluang untuk berikhtiar.

 

Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.”   (Riwayat Muslim dan Ahmad)

 

      Masalah kewangan.

 

      Bimbang ibu terlepas cakap.

Harus diingat, setiap perkataan yang diucapkan  ibu sama ada baik atau buruk adalah doa dan ia akan dikabulkan ALLAH.

 

Ada satu kisah di mana seorang wanita usianya dalam lingkungan 40 tahun, berkerjaya dan mempunyai kereta mewah. Dia datang berjumpa ustazah meminta supaya dibacakan doa dalam air minuman dengan harapan jodohnya cepat sampai.

 

Sudah berhabis cara mandi bunga, jumpa dukun malangnya semua tidak mendatangkan hasil. Akhirnya ustazah menyuruh dia balik ke rumah dan bertanyakan ibunya, jika ada ibunya terlepas cakap. Benar! Ibu wanita itu pernah berkata, “jika kau malas macam ni, alamatnya tak kahwin sampai ke tualah".

 

Ustazah meminta ibu wanita itu supaya melakukan solat hajat dan menarik kembali kata-kata yang diucapnya. Alhamdulillah selepas tiga bulan ustazah menerima kad undangan perkahwinan daripadanya.

 

Terlalu mengutamakan kerjaya

Perbezaan status/darjat

Kurang berusaha dan berdoa kepada ALLAH

 

      Cari ALLAH dengan doa, amalan

 

Usai kita berusaha dengan menggunakan langkah dituntut Islam, menyerahlah kepada Sang Pencipta bagi memakbulkan permintaan itu. Di sini dilampirkan lapan tips ringan jodoh, praktikkanlah:-

 

      Berdoa selepas solat lima waktu.

Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

 

      Berdoa di hening malam

 

      Doa ibu bapa

Ungkapan doa yang paling mustajab adalah doa orang tua terutamanya ibu. Ibu bapa perlu berdoa supaya anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.

 

      Puasa pada hari jadi

Puasa di hari lahir, pastinya tidak ramai yang berbuat sedemikian bukan.. Puasa ini dipanggil puasa hajat. Pada saya, saat kita dilahirkan adalah detik paling suci, seolah-olah bebas dari hamparan dosa dan noda. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALLAH.

 

      Solat sunat taubat

Lakukanlah solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang. Kita mahu ALLAH tunaikan hajat kita, tetapi hal kita dengan ALLAH belum selesai. Kerana itulah kita perlu meminta ampun terlebih dahulu kepadaNya.

 

      Pohon restu ibu bapa

"Saya pernah menerima banyak surat daripada lelaki semasa bersekolah dulu, setiap surat yang dihantar saya akan berikan kepada Yang. Namun dalam banyak-banyak surat, Yang saya berkenan dengan surat  dari Wan Akashah. Getar hati ibu. Alhamdulillah... kini saya bahagia.

 

Nasihat saya, apabila hati sudah berkenan pada seseorang jangan sorokkan dari ibu bapa, bagi tahu mereka kerana mereka lagi tahu siapakah yang terbaik untuk kita,” tambahnya lagi.

 

Menurutnya, jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, berdoalah supaya ALLAH melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

 

      Amal doa pilihan dan solat hajat

Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada (surah Yusuf : 4) untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Doa Nabi Musa dalam (surah al-Qasas : 24) patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Ustazah mengamalkannya sehingga kini walaupun sudah beranak pinak.

 

Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat”,  nasihatnya.

 


(Dipetik  dari pembentangan kertas kerja: tujuh punca jodoh terhalang dan tips ringan jodoh oleh Pendakwah dan juga Pengarah Urusan SNB Kasih Training & Consultancy, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam seminar Wanita Berkerjaya : Kerjaya Hebat, Jodoh Cepat, Rumah Tangga Berkat.)

Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, November 23, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog