Jakarta : Satu bancian yang dijalankan di Indonesia mendapati sehingga 80 peratus penduduk di negara itu mengaku tidak dapat bertoleransi jika terpaksa berjiran atau bergaul dengan golongan homoseks.
Bancian yang dijalankan Lingkaran Survei Indonesia (LSI) mendapati, responden juga menegaskan bahawa mereka berasa tidak selesa atau tenteram jika mempunyai jiran dengan identiti berbeza.
Penyelidik LSI, Noviantoni Kahar berkata, kajian dijalankan selama seminggu bermula 1 Oktober lalu, membabitkan 1,200 responden dan kaedah sampel rambang. Beliau menambah, hasil kajian berkenaan memberi impak membimbangkan kerana ia boleh mewujudkan persekitaran kurang menyenangkan di dalam masyarakat yang terpaksa menerima kehadiran golongan itu di kalangan mereka.
Beliau berkata, ia secara tidak langsung menjelaskan sikap kebanyakan penduduk di republik itu yang rata-rata tidak menerima golongan homoseks.
Kami memberikan tiga kelompok jiran yang mungkin tidak disenangi atau ditolak terus oleh responden, iaitu puak Syiah, Ahmadiyah dan Homoseks. Hasilnya, kami dapati antara 15 hingga 80 peratus responden berkata, mereka tidak selesa jika terpaksa berjiran dengan golongan homoseks, katanya.
Noviantoni berkata 41.8 peratus respondon berkata mereka tidak selesa berjiran dan bergaul dengan penduduk berfahaman Syiah, manakala 54 peratus lagi menyatakan kesediaan untuk menerima puak Syiah di dalam masyarakat mereka.
Sementara itu, 46.6 peratus responden berkata mereka tidak menerima jiran yang berfahaman Ahmadiyah, 48.2 peratus lagi mengaku sanggup menerima golongan ini, manakala 5.2 peratus berkata mereka tidak tahu.
Amat jelas bahawa penolakan terhadap kelompok homoseks adalah yang paling tinggi iaitu 80.6 peratus, dengan hanya 17.1 peratus berkata mereka bersedia menerima jiran daripada golongan ini, katanya. - Agensi
Isnin, Oktober 22, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Warga Indonesia tak mahu jiran homoseks silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "