2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 7:24 AM

25Khamis,Oktober

Teknologi jadi mainan

LOS ANGELES, 24 Okt. - Satu masa dahulu, kanak-kanak hanya bermain dengan permainan set kereta api, anak patung dan boneka plastik.
 
Tetapi pada hari ini, mereka lebih cenderung bermain dengan iPad dan lebih menyukai Internet sebelum memasuki alam persekolahan.
 
Lebih separuh daripada kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun celik teknologi, menurut pemantau media Ofcom di dalam laporan mereka semalam.
 
Seorang daripada 10 kanak-kanak telah mahir menggunakan iPad untuk menonton filem, melayari laman web dan juga bermain permainan video.
 
Penemuan itu mendorong pakar kanak-kanak memberi amaran kepada ibu bapa untuk tidak menjadikan internet sebagai 'pengasuh maya'.
 
Kajian itu juga mendapati ramai kanak-kanak yang berusia 13 tahun ke bawah mendaftar di dalam rangkaian laman sosial tanpa keizinan ibu bapa dan berkawan dengan orang yang tidak dikenali dalam laman web.

Dalam tinjauan terhadap 200 keluarga yang mempunyai anak yang berusia tiga dan empat tahun, ia mendapati 37 peratus daripada mereka mahir menggunakan Internet menerusi komputer peribadi atau komputer riba dan tiga peratus melayari Internet menerusi telefon bimbit.
 
Pakar psikologi kanak-kanak, Dr. Linda Papadopoulos, menggesa ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka ketika melayari Internet dan membenarkan penggunaan Internet secara sederhana.
 
Beliau menambah, kanak-kanak perlukan keseimbangan menggunakan permainan dan laman web dalam talian yang boleh merangsang tumbesaran mereka. - AGENSI
Adam Merah , Khamis, Oktober 25, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog