2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Rumah Bruce Lee dijual RM71.1 juta

Hong Kong  : Bekas kediaman rasmi legenda filem kung fu, Bruce Lee di Hong Kong bakal dijual selepas rancangan untuk menyerahkannya kepada muzium khas untuk ikon berkenaan dilaporkan gagal.
 
Dermawan, Yu Panglin, yang memiliki rumah agam terbabit yang menjadi 'hotel cinta' itu merancang untuk menjualnya dengan harga HK$180 juta (RM71.1 juta) selepas perbincangan dengan kerajaan untuk muzium terbabit gagal tahun lalu. "Saya tidak lagi mempertimbangkan rancangan muzium terbabit berikutan kerajaan tidak menyokongnya," kata jutawan 90 tahun itu kepada akhbar berbahasa Cina, Singtao Daily dalam satu temu bual.

Pemilik hotel gagal lunas hutang
 
"Saya sudah hilang sabar, saya tidak mahu tunggu lagi," katanya sambil menambah bahawa pemilik hotel terbabit gagal membayar sewa selama dua tahun berikutan tidak membawa keuntungan selain ia memerlukan pengubahsuaian segera.
 
Peminat Lee sejak sekian lama mahukan bintang kelahiran China-Amerika Syarikat yang meninggal pada 1973 ketika berusia 32 tahun dikenang selepas beliau banyak membantu menonjolkan seni mempertahankan diri melalui filem kung fu klasik seperti Fists of Fury (1971) dan Enter the Dragon (1973).
 
Bagaimanapun mereka hampa berikutan kerajaan Hong Kong menghentikan rancangan muzium terbabit Jun tahun lalu dengan memberi alasan gagal mencapai persefahaman dengan Yu selepas dua tahun berunding.
 
Yu memberitahu Singtao Daily bahawa kerajaan menolak rancangan untuk meluaskan rumah agam yang menjadi kediaman terakhir Lee. - AFP
Adam Merah , Khamis, Oktober 25, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog