2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis temui 'partikel Tuhan'

HEUER (dua dari kanan) melihat skrin yang mendedahkan tentang penemuan 'partikel Tuhan' pada satu seminar di Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear, Geneva semalam.

 
GENEVA, Switzerland - Saintis-saintis makmal Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear (CERN) bersorak gembira selepas mereka menemui partikel subatom baharu yang menyerupai partikel Higgs Boson yang dicari selama ini, kata satu kenyataan makmal berkenaan di sini semalam.
 
CERN merupakan makmal terbesar di dunia yang melakukan eksperimen perlanggaran antara atom.
 
Partikel baru itu juga digelarkan sebagai 'partikel Tuhan'.
 
Pengumuman tentang penemuan itu dibuat oleh beberapa saintis CERN kepada media di sini semalam selepas didedahkan pada satu seminar tentang partikel berkenaan.
 
Penemuan itu menjelaskan tentang aspek kenapa semua benda di alam semesta mempunyai berat dan bentuk.
 
Partikel baru itu akan 'melekat' pada benda yang membolehkan sesuatu benda tersebut mempunyai bentuk dan saiz.
 
"Kami kini menemui elemen penting yang membuka lembaran baru bidang fizik partikel," kata Pengarah CERN, Rolf Heuer kepada sekumpulan saintis di sini.
 
"Pendek kata, saya berpendapat kami telah berjaya. Kami menemui partikel baru yang konsisten dengan Higgs Boson," tambahnya seperti dilaporkan agensi berita dpa.
 
Nama Higgs Boson datang daripada seorang ahli fizik Britain, Peter Higgs yang membayangkan kewujudan partikel pemberi jisim pada alam semesta ketika dia bersiar-siar di Pergunungan Cairngorm, Scotland, pada tahun 1964.
 
Partikel tersebut dilihat sebagai kunci kepada pemahaman tentang kenapa setiap objek mempunyai jisim yang apabila bercantum dengan graviti, akan memberikan berat pada objek berkenaan.
 
Penemuan terbaru ini dilihat sama pentingnya dengan penemuan graviti oleh saintis Britain, Isaac Newton.
 
Pengetahuan tentang partikel Tuhan dapat memberikan pelbagai kegunaan dan faedah kepada para saintis.
 
Penemuan itu diperoleh selepas beberapa eksperimen dilakukan dengan menggunakan sebuah mesin penghentam atom CERN juga dikenali sebagai Penghentam Hadron Besar (LHC) yang berharga AS$10 bilion (RM31.5 bilion).
 
Mesin itu dibina di sempadan Switzerland-Perancis. - Agensi
 
 
Unknown , Jumaat, Julai 06, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog