2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 7:30 PM

26Khamis,Julai

Masak, makan katak di dapur kopitiam!


Oleh SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS, Sinar Harian, 26 Julai 2012

image1Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.


JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi  sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur  kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam.  Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.

Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.

“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.

"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.

Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.

Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.

Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.


+

Exco arah pantau kopitiam segera
Oleh Wartawan Sinar Harian, 26 Julai 2012

image1a
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim


GEORGETOWN - Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihak berkuasa akan membuat pemantauan segera berhubung aduan kopitiam yang didakwa memasak menu katak di bahagian dapurnya.

Menurutnya, kedai kopitiam di situ tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diiktiraf.

“Pasukan penguatkuasa akan membuat pemantauan jika mereka ada menyebut atau mempamerkan logo halal di restoran mereka.

“Pihak pengurusan halal bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuat pemeriksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, dia telah menghubungi Pejabat Kesihatan Negeri dan juga Bahagian Kesihatan Awam MPPP untuk membuat tindakan segera.

Menurutnya, sekiranya terdapat isu halal ia akan diserahkan kepada Jakim sementara pihaknya akan memantau isu kebersihan.

“Ini adalah perkara yang agak sensitif, memang ada restoran yang tidak halal memasak daging yang tidak boleh dimakan orang Islam, tetapi katak amat jarang dan kami memandang berat aduan ini,” katanya.

Ah Teong turut memaklumkan sebelum ini pihaknya sudah membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan dan ia pernah mendapat Gred A.

Selain kopitiam berkenaan, sebuah lagi kopitiam di tempat yang sama turut pernah diperiksa MPPP.

“Memang tempat itu adalah salah satu tempat yang mana menjadi lokasi pemeriksaan kami kerana terdapat ramai pelanggan di sana, namun kami akan membuat pemeriksaan sekali lagi dalam masa terdekat.

“Saya juga mendapat aduan kedai kotor di sekitar Jelutong namun tidak dapat membuat pemeriksaan kerana ditutup pada bulan Ramadan,” katanya.

Untuk mana-mana orang awam yang mempunyai aduan mengenai kebersihan kedai makanan boleh terus menghubungi talian hotline MPPP, 042637637.

Unknown , Khamis, Julai 26, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog