FARNBOROUGH - Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia menerima penghargaan tertinggi Anugerah SKYTRAX World Airline, yang diumumkan pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough pada Khamis.
Anak kapal kabin MAS, syarikat penerbangan negara, memenangi anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia dan hidangan sate, memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
MAS juga mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World, menyertai kumpulan penerbangan elit sebagai perakuan ke atas kualiti produk dan perkhidmatan tinggi yang berterusan.
Yang lebih membangga, MAS dipilih sebagai antara 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif SKYTRAX, Edward Plaisted berkata perakuan itu "berasaskan kepada perubahan besar yang berlaku dalam MAS."
"Kami mengkaji keseluruhan produk dan perkhidmatan dan mula melihat momentum teratur MAS ke arah menawarkan tahap perkhidmatan tinggi. Semua usaha itu memberikan kami jaminan bahawa mereka sudah kembali ke tahap sepatutnya," katanya.
Plaisted juga berkata kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut, juga mengagumkan.
"Ia merupakan penghormatan kepada kami untuk menerima ranking 5 bintang dan ditambah dengan perakuan oleh penumpang sebagai krew kabin terbaik dalam perkhidmatan dan hospitaliti dalam Malaysia Airlines.
"Yang pasti ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Menerusi barisan pesawat baharu dan penambahbaikan yang kami lakukan untuk keseluruhan perkhidmatan, kami berharap dapat menang lebih banyak anugerah tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, semasa ditanya mengenai kejayaan syarikat penerbangan itu memanangi anugerah untuk tahun keempat berturut-turut, berkata kejayaan itu adalah hasil disiplin yang baik para petugasnya.
Bagi MAS, anugerah syarikat penerangan elit itu merupakan kemuncak bulan yang menarik selepas menerbangkan pesawat terbesar dunia dan mesra alam, menerusi pelancaran penerbangan tanpa henti pertama A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dan Lapangan Antarabangsa Heathrow London pada 2 Julai.
Prestasi AirAsia juga baik. Minggu lepas, majalah industri penerbangan berpengaruh, "Aviation Week" meletakkan syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.
Anugerah Syarikat Penerbangan dunia itu ialah petunjuk aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 18 juta pengguna dari lebih 160 negara dan 100 warganegara berlainan mengambil bahagian setiap tahun dalam kajian kepuasan penumpang bebas terbesar di dunia itu. - Bernama
Jumaat, Julai 13, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang MAS, AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2012 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "