2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 1:32 PM

13Jumaat,Julai

Lelaki 40-an mudah ditimpa perasaan?

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, 13 Julai 2012

Yang biasa orang kata, apabila umur cecah 40-an, hati seseorang lelaki akan jadi lebih sensitif.. Namun ada juga yang kata, golongan lelaki 40-an mudah ditimpa perasaan.

Dalam kata lain, mereka mudah rasa syok sendiri terutama apabila berada dalam situasi yang melibatkan gadis cantik.

Mungkin pengalaman saya malam kelmarin dapat beri jawapan untuk soalan itu. Semalam, 12 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya.

Seperti biasa, tidak ada hadiah besar atau mahal untuknya melainkan sejambak mawar merah. Itu sahaja setiap tahun. Andai kebetulan saya bercuti, akan ada makan malam yang istimewa bersama anak-anak.

Namun malam kelmarin, saya bekerja jadi terpaksalah acara istimewa itu ditangguhkan.

Bukan saya kedekut tetapi setiap kali saya tanya isteri apa hadiah yang dia mahu, setiap kali itu jugalah jawapannya:

"Kasih sayang yang abang beri sudah lebih dari cukup berbanding apa saja hadiah yang ada di atas muka bumi ini."

Kerana itu, sejambak mawar merah bagi saya sudah memadai, yang akan saya bawa balik pada waktu tengah malam, kejutkan dia dari tidur dan hulurkan kepadanya sambil ucap selamat hari jadi.

Selepas itu, CHUUPPPP.... satu kucupan di dahi. Siang kelmarin, jadual kerja saya sangat padat. Dari petang hingga malam, sendat dengan mesyuarat.

Hanya kira-kira jam 9.30 malam, baru saya dapat keluar dari pejabat. Itu pun hanya sekejap.

Dalam kesempatan yang singkat, saya ke kedai bunga, dan disambut mesra oleh seorang gadis cantik.

Sambil si cantik itu menyiapkan gubahan, kami berborak. Saya bertanya, apakah dia juga yang pada tahun lalu terpaksa melilau mencari saya di lobi kompleks beli belah itu kerana saya terlewat datang ambil tempahan selepas kedainya ditutup.

Gadis itu menjawab, dia tidak ingat tetapi katanya, memang ada pelanggan yang seperti saya.

Lepas buat tempahan, ada juga yang terus hilang. Alkisahnya, tahun lalu, saya ke kedai yang sama. Selepas menempah dan bayar harga, saya melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan. Kerana leka berbual, lama selepas itu baru saya pergi semula ke kedai bunga.

Ketika itulah, saya lihat si gadis melilau mencari saya. Katanya, kedainya sudah lama ditutup dan dia sepatutnya sudah pulang tetapi terpaksa menunggu saya.

Alamak! Gadis yang saya temui malam kelmarin bagaimanapun tidak ingat kejadian itu, kalau pun dialah orang yang sama berurusan dengan saya tahun lalu.

Agak lama juga kami berborak. Apabila saya minta diri untuk pergi makan dengan janji akan datang semula kemudian, dia menahan.

Katanya, saya hanya perlu tunggu sekejap sahaja kerana gubahan itu sudah hampir siap. Saya percaya, dia sebenarnya bimbang apa yang saya ceritakan berlaku tahun lalu itu akan berulang.

Tambahan pula ketika itu jam sudah pun hampir 10 malam.

Kata gadis itu lagi, kedainya juga sediakan servis penghantaran kalau saya mahu. Tapi saya kata, itu tak perlu sebab bunga itu adalah untuk isteri saya.

Saya sendiri pun akan balik ke rumah yang sama. Kalau nak dihantar, kepada siapa? Gadis itu kemudian pelawa saya simpan nombor telefonnya.

Lagi sekali saya tertanya-tanya, untuk apa? Hati saya yang ketika itu sarat dengan rasa setia yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri, bimbang, jika nombornya saya ambil simpan, nanti dia akan minta nombor telefon saya.

Selepas itu mungkin dia akan minta kasih sayang saya pula ... oh, tidak!

Dalam saya terkulat-kulat, tiba-tiba si cantik bersuara:

"Abang ambillah nombor saya, nanti senang. Kalau nak bunga lagi, abang call awal-awal. Saya pun boleh buat awal-awal. Dah siap, abang datang ambil saja.

Sekarang dah lewat, kedai pun dah nak tutup. Saya pun kena buat cepat-cepat. Nanti tak elok, tak cantik, abang marah saya pulak!"
Alamak! Rupa-rupanya itu sebabnya. Saya sangka dia sudah syok sama saya.
Rokiah Mad Dom , Jumaat, Julai 13, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog