Lari daripada perkara yang berat-berat, kali ini saya ingin bercakap benda ringan, mengenai sup. Zaman muda dan ketika mula berkelana di KL, saya sudah meminati makanan berkuah itu.
Empat dekad lalu banyak gerai sup di Kampung Baru dan kawasan sekitar Chow Kit menjadi persinggahan untuk memanaskan badan. Semangkuk sup ayam – saya suka bahagian paha! – di ‘Warung Gamat’, pasar malam Kampung Baru harganya RM1, tambah 20 sen lagi boleh dapat dua keping roti, dan air suam percuma.
Itu sudah cukup untuk mengenyangkan perut sebelah malam, terutama musim hujung bulan. Sup kambing dan sup daging lembu di gerai mamak Chow Kit, depan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), RM1.20.
Kuah boleh tambah tanpa bayaran, tetapi kena beli roti 20 sen. Tanpa roti kuah tidak boleh tambah. Kalau ada duit lebih – biasanya lepas gaji – boleh cuba sup lidah, RM1.50. Tambah lagi 25 sen untuk teh tarik, nikmatnya tidak terkira dan sepanjang malam tubuh berasa panas.
Tetapi, jangan sembarangan memberitahu kawan jika kita makan sup lidah, sebab ia boleh disalah anggap. Bagi setengah orang istilah sup lidah merujuk kepada lidah manusia, dan dinikmati bukan dalam bentuk sup.
Saya difahamkan sekarang pun sup lidah terbahagi kepada dua kategori: satu lidah lembu atau lidah kambing, satu lagi lidah manusia.
Masa berlalu, zaman berubah. Sup, bukan sahaja di KL malah di seluruh negara, tidak lagi seperti 40 tahun lalu. Paling jelas harganya naik berkali ganda. RM1 kini tidak lagi dipedulikan oleh penjual sup. Usahkan hendak mengunyah paha ayam, hendak menghirup kuahnya pun tidak boleh. Paling murah pun semangkuk sup ayam RM4.
Di gerai ‘Razak’ Bangsar semangkuk sup ayam RM5, mangkuk besar RM6. Sup lidah ditawarkan pada harga RM10, roti kena harga lain. Teh tarik boleh dipesan dari gerai berhampiran, RM1.80. Saya kena bawa sekurang-kurangnya RM20 untuk menikmati sup Bangsar, mungkin antara yang terlazat di planet bumi selepas Perang Dunia Ke-2.
Cara orang bersup-sup pun sudah jauh berbeza. Sekarang kalau setakat sup ayam atau sup kambing hatta sup lidah, itu dianggap biasa @ amatur. Orang tidak pandang pun. Penggemar tegar sup zaman ICT memilih beraneka sup yang jauh lebih sofistikated.
Kini ada macam-macam sup yang namanya pun kedengaran begitu hebat. Salah satu yang terkenal dalam kalangan pengesup profesional ialah sup ‘gear box’. Dulu istilah ini merujuk kepada besi alat ganti kenderaan yang bukan sahaja berat tetapi keras. Gigi boleh patah, bibir boleh pecah. Hari ini ‘gear box’ yang dihidangkan di atas meja sama ada dalam mangkuk besar atau dalam periuk, ialah sup tulang lembu.
Tulang bahagian paha, kaki, juga tulang rusuk direbus dengan rempah ratus juga pelbagai ramuan istimewa. Harumnya semerbak menusuk hidung, boleh terbersin. Cara memakannya pun tidak cukup hanya menggunakan sudu atau garpu.
Pelanggan disediakan pisau pemotong daging dan parang. Daging, lemak dan urat pada tulang-tulang besar itu perlu diambil menggunakan parang.
Malah disediakan juga straw untuk menyedut sum-sum dari tulang tersebut. Harganya bergantung pada ukuran, biasanya RM10 hingga RM15. Tetapi untuk saiz ‘turbo’, boleh makan dua atau tiga orang, harganya mencecah hingga RM50.
Ada juga sup luar biasa seperti, rusa dan burung merpati. Malah, ada juga yang lebih luar biasa lagi super eksklusif. Salah satu ialah sup ‘torpedo’ yang ditawarkan pada harga RM15 semangkuk.
Kata wanita – cakapnya macam orang Indonesia – yang mempromosi ‘torpedo’: “Sukar dapat barang ini, khasiatnya luar biasa sekali!” Walaupun harganya mahal, ingin juga saya mencuba.
Tetapi niat terpaksa dibatalkan setelah wanita itu memberitahu bahawa ‘torpedo’ adalah sup zakar lembu yang dicampurkan dengan telur lembu jantan. Akhirnya saya meminta apa yang tertulis pada menu sebagai sup ‘spare parts dalam’, iaitu organ-organ dalaman ayam seperti hati, telur, mempedal.
Semangkuk RM5, makan dengan nasi lemak RM1.50 sebungkus, dan teh halia RM2. Demikianlah, sup pun berubah mengikut zaman!
* Penulis adalah kolumnis di Sinar Harian
Khamis, Julai 12, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Hendak gear box atau torpedo? silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "