RAMALLAH, 13 Julai 2012 - Fail perubatan mengandungi maklumat sulit berhubung punca kematian misteri bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat didedahkan untuk pertama kali menerusi laman sesawang yayasan beliau, kelmarin.
Menurut laporan itu, Arafat sebenarnya mengalami krisis kesihatan mengejut, sebulan sebelum beliau meninggal dunia pada 11 November 2004 semasa berumur 75 tahun.
Kumpulan pakar dari negara Arab yang merawatnya selama 18 hari di Tebing Barat sebelum dipindahkan ke hospital di Perancis pada 29 Oktober 2004, mendapati bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tersebut jatuh sakit akibat serangan radang usus dan perut.
Penyakit itu didiagnosis berdasarkan simptom seperti muntah dan cirit-birit kronik yang dialaminya. Namun, berdasarkan laporan doktor di hospital tentera Perancis tersebut, Arafat mengalami masalah batu hempedu dan penyakit sopak (vitiligo).
Difahamkan, pemimpin yang berjuang selama berdekad menentang kezaliman rejim Zionis itu juga tidak diserang penyakit kronik golongan seusianya seperti diabetis.
Beliau juga tidak merokok tetapi ada mengambil sejenis ubat yang tidak dijelaskan secara lanjut.
"Arafat meninggal dunia akibat strok dan masalah penggumpalan saluran darah (DIC)," menurut laporan perubatan di Perancis tersebut.
Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut mengenai punca yang menyebabkan masalah DIC itu yang biasanya berlaku akibat jangkitan pada hati.
Kematian misteri Arafat menjadi topik hangat untuk diperkatakan semula selepas laporan makmal di Switzerland mendedahkan hasil kajian mereka mendapati beliau meninggal dunia akibat diracun dengan polonium-210 (bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya) pada tahap sangat tinggi.
Pendedahan itu menyebabkan beberapa pihak mula menuding jari, sekali gus menuduh Israel sebagai pihak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut.
Dalam satu kenyataan, Menteri Keadilan, Ali Mohanna berkata, Nasser al-Kidwa, anak saudara kepada Arafat turut menuntut laporan penuh berhubung keputusan penyelidikan yang dilakukan oleh Institut Radiasi Fizik Switzerland sebelum sebarang tindakan termasuk menggali semula kubur bapa saudaranya diputuskan.
Sabtu, Julai 14, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Fail perubatan Arafat didedah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "