/

Awas, Sindrom Nefrotik mudah dijangkiti kuman

Oleh MIRIEATIE, 22 Jun 2012

Kira-kira lima tahun lalu, Iza berjaya melahirkan Danial secara normal dengan berat 3.8 kg. Kala itu, Allah saja yang tahu sakit melahirkannya. Namun, Iza tetap bersyukur Danial selamat dilahirkan. Pun begitu, sekali lagi Tuhan menguji apabila Danial disahkan menghidap penyakit Sindrom Nefrotik kira-kira dua bulan sebelum usianya genap tiga tahun. Dalam tempoh itu, pelbagai dugaan diharungi, namun berkat kesabaran dan mengikut nasihat pakar, Danial kini sudah semakin keletah.

Sindrom Nefrotik (SN) adalah sistem daya kekebalan penyakit yang lemah dan mudah dijangkiti sebarang penyakit. Lazimnya ia melibatkan masalah buah pinggang dan kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Peringkat usia kanak-kanak yang berkemungkinan mengalami sindrom ini biasanya di antara 2 tahun hingga 6 tahun. Ia juga lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr Varughese Koshy, seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom nefrotik mempunyai tanda-tanda seperti tahap protein yang tinggi dalam air kencing sehingga mengurangkan tahap protein albumin dalam darah.

image (2)

Antara gejala-gejala yang boleh dilihat apabila seseorang kanak-kanak itu mempunyai masalah SN ialah:

• Bengkak (edema) di bahagian muka dan sekeliling mata (bengkak muka)
• Tangan dan kaki, terutama di kaki dan buku lali
• Perut (abdomen bengkak)
Gejala-gejala lain termasuk:
• Air kencing berbuih
• Penambahan berat badan disebabkan pembendungan cecair/air di bawah kulit
• Tekanan darah tinggi

Walaupun ia bukan sejenis penyakit, tetapi ia boleh menjadi gejala pertama penyakit yang merosakkan unit penapisan darah (glomeruli) dalam buah pinggang di mana air kencing dibentuk.
Buah pinggang merupakan dua organ berbentuk kacang bersaiz kira-kira sebesar genggaman. Ia berfungsi membersihkan darah dengan menapis air dan garam berlebihan dan bahan buangan daripada makanan. Apabila buah pinggang dengan penapis yang rosak, ia akan menyebabkan kebocoran protein ke dalam air kencing. Ia menyebabkan protein albumin di dalam darah berkurangan untuk menyerap air. Air yang kemudian bergerak dari dalam darah ke dalam tisu badan dan menyebabkan berlakunya bengkak seperti di sekitar mata, perut dan kaki penghidap (anak). Ini boleh menambahkan berat badan disebabkan terdapat kandungan air berlebihan ekoran aktiviti membuang air kecil (kencing) semakin berkurangan.

Diagnosis dan rawatan

Untuk mendiagnosis SN di kalangan kanak-kanak, doktor mungkin akan mengambil sampel air kencing untuk memeriksa tahap protein di dalamnya. Sekiranya ujian terhadap darah mengandungi tahap bahan buangan yang tinggi, berkemungkinan berlakunya kerosakan buah pinggang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak dengan SN jarang mempunyai kerosakan buah pinggang kekal. Sehingga ke hari ini, tidak ada jawapan untuk mengesan sebab musabab SN ‘menyerang’ kanak-kanak.

Lazimnya rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak SN ialah pengambilan jenis ubatan steroid dalam jangka masa 6 bulan. Kebanyakan mereka yang bertindak balas pada rawatan, berkemungkinan boleh mendapat masalah berulang tetapi akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Sekiranya tidak ada sebarang tindak balas atau tindak balas lambat, ia kemungkinan berkaitan ciri-ciri masalah lain.

Penggunaan rawatan prednisone adalah untuk menghentikan pergerakan protein dari darah ke dalam air kencing. Walau bagaimanapun, ia mungkin mempunyai kesan-kesan sampingan.

Apabila protein tidak lagi hadir dalam air kencing, doktor akan mula mengurangkan dos prednisone. Proses ini mengambil masa beberapa minggu. Sesetengahnya tidak akan mengalami masalah berulang tetapi ia mungkin boleh menyebabkan bengkak. Walau bagaimanapun, sekiranya kanak-kanak memberi tindak balas kepada prednisone dan air kencing menjadi bebas daripada protein, ia mempunyai prospek jangka panjang yang sangat baik tanpa merosakkan buah pinggang.

Namun sekiranya masalah ini kerap kambuh (berulang-ulang), seseorang pesakit perlu mengambil rawatan atau ubat untuk mengurangkan penggunaan steroid yang dikenali sebagai cyclophosphamide, chlorambucil dan cyclosporine. Selepas mengurangkan protein dalam air kencing dengan prednisone, rawatan dengan cyclophosphamide dan chlorambucil biasanya berlangsung selama 8 hingga 12 minggu, manakala rawatan dengan cyclosporine kerap mengambil masa yang lebih lama.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, mereka yang memberi tindak balas pada rawatan boleh dapat masalah yang berulang-ulang tetapi akan berkurangan apabila umur semakin meningkat. Sekiranya tidak ada tindak balas atau lambat, ia mungkin ciri-ciri penyakit lain.

MIRIEATIE (Sinar harian)
TERIMA KASIH: BAHAGIAN PEMASARAN & PERHUBUNGAN AWAM HOSPITAL PAKAR DEMC

Unknown , Khamis, Julai 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog