2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Amal sebagai buah ilmu ranum

Oleh CIKGU SIDEK BABA, 19 Julai 2012
 
AL-Quran dalam Surah al Asr memberi pedoman Illallazi na'amanu waa'milus saalihat, yang memberikan maksud orang yang beriman adalah orang yang beramal soleh. Maksud amal soleh di sini amat luas, seluas kehidupan manusia itu sendiri. Ia tidak terbatas dalam bentuk amal yang khusus seperti solat, puasa, umrah dan haji. Sifat amal soleh ini merentasi sifatnya.
 
Amal soleh terdapat dalam pemikiran, percakapan dan amalan, tidak saja dalam batas rohaniah (ritual) tetapi ia terpancar dalam watak, pekerti dan perbuatan.
 
Islam itu diibaratkan sebatang pokok. Akarnya ialah ibarat aqidah yang menjadi tautan kuat kepada pokok. Batangnya ibarat ibadah yang dilakukan supaya pokok itu menjadi teguh berdiri. Dahan dan rantingnya adalah syariat yang mengukuhkan lagi binaan pokok supaya lengkap dan bermakna. Buah kepada pokok adalah ibarat akhlak iaitu hasil yang ranum yang memberi manfaat kepada manusia.
 
Buah yang ranum ibarat akhlak karimah yang membezakan seseorang manusia dengan yang lainnya. Inilah risalah Nubuwah yang dibawa Rasulullah SAW supaya manusia itu beradab dan berada dalam jiwa muttaqeen.
 
Iman secara mudah membawa maksud percaya. Percaya memberi jalan kepada keyakinan. Keyakinan ialah puncak hubungan kita dengan ALLAH. Semua orang percaya bahawa kematian akan terjadi kepada manusia. Tidak ramai orang yang yakin bahawa kematian adalah natijah akhir kehidupan yang bakal membawa kita bertemu dengan ALLAH.
 
Hadis Rasulullah SAW memberikan asas yang sangat jelas mengenai hubung kait kita yang pergi dengan yang tinggal. Antara lain adalah amal jariah yang dilakukan ketika hidup. Ilmu bermanfaat yang disampaikan dan meninggalkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan.

Inti hadis ini sangat jelas bagi kita betapa amal jariah dalam bentuk yang luas mempunyai hubungan dan natijah apabila kita pergi nanti. Membantu orang lain dengan pemikiran, tulang urat dan wang ringgit adalah sumber amal yang sifatnya menyumbang. Melakukan dakwah dan tarbiah, jihad dalam ilmu dan sistem, keupayaan menyerap kesabaran berhadapan dengan karenah manusiawi adalah jalan amal yang menyuburkan lagi amal jariah kita.
 
Ilmu bermanfaat diibaratkan seperti cahaya sifatnya dan mencerahkan bukan menggelapkan. Jika dikaji, dijana dan direnungkan dengan jiwa tadabbur yang tinggi, ia menjadi suluh terhadap kejahilan dan ketidaktahuan manusia mengenai sesuatu.
 
Apalagi ilmu bermanfaat yang terdapat di Barat dan Timur, disaring daripada sari pati budaya dan tamadun ia boleh memberikan sumbangan kepada umat Islam sekiranya integrasi ilmu terjadi dan islamisasi berlaku. Ia mampu mengukuh epistemologi (asas ilmu) yang islamik dan menyumbang terhadap umat manusia.
 
Anak yang soleh adalah natijah akhir daripada proses pendidikan yang terjadi di rumah dan juga di pusat pengajian yang lain. Ibu dan ayah adalah guru awal kepada anak. Keciciran boleh berlaku di rumah sekiranya ibu bapa tidak memiliki kualiti didik. Sekiranya keciciran disambung di sekolah dan dalam masyarakat maka anak bakal tidak menyumbang kepada diri dan keluarga dan akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan negara.
 
Anak yang soleh, terdidik dengan pekerti yang baik dan teladan yang tinggi, ilmu yang benar dan bermanfaat, seorang dai' dan murabbi dan sentiasa melihat kehidupan ini adalah suatu perjuangan (jihad) bakal melakukan kebaikan dan kemakrufan di dunia dan memberi kesan kepada kedua-dua ibu bapa yang telah pergi.
 
Justeru amal yang difahami dengan maksud yang luas tidak saja memberi maksud duniawi yang tinggi tetapi juga maksud ukhrawi yang hebat. Di sinilah letaknya peranan pendidikan untuk mengekal dan mengembalikan manusia kepada fitrah. Mengekal dan mengembalikan manusia kepada fitrah adalah suatu jihad yang amat besar. Sekiranya jihadul amal itu diterjemahkan dalam sistem ia bakal menyuburkan sistem dengan nilai islamik dan secocok dengan binaan fitrah insan.
 
Melakukan kebaikan kepada manusia menerusi amal yang baik boleh memikat dirinya untuk istiqamah atau kembali kepada fitrah. Amal dalam bentuk contoh teladan adalah faktor terbaik memikat hati manusia kembali kepada fitrah. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana amal dirinya dalam bentuk akhlak terpuji berjaya memikat hati insan untuk kekal dan kembali dalam keadaan fitrah.
 
* Penulis adalah penulis Kolumnis di akhbar Sinar Harian
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Julai 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog