2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Zarisya Nur Jannah [Bahagian Pertama]

"Papa!!!!! Sya tak nak pergi… Sya tak nak balik kampung.. Sya tak nak tinggal dengan atok.. Sya tak nak sekolah kat Malaysia. Sya tak nak!!!!!!!!!! " Zarisya Nur Jannah merenung papanya dengan wajah memerah. Air jernih deras mengalir di pipi gebunya. Pandangannya kabur dengan air mata.
 
Papa kejam!!!! Sanggup papa nak hantar aku balik Malaysia. Dia memang tak sayangkan aku.!!!! Zarisya rasa bagai nak pitam. Hatinya memberontak. Jiwanya disagat duri. Oh no!!! Kalau aku kena balik Malaysia, macam mana dengan team sorak aku. Aku terpaksa lepaskan title ketua sorak yang aku pegang selama ni. Tinggal lagi dua tahun je lagi aku nak tamat sekolah tinggi. Aku nak habiskan saat-saat terakhir bergelar pelajar sekolah tinggi dengan kawan-kawan aku. Michele, Elly, Shawn, Paul, Adzrian.
"Mama.cuti musim panas tinggal lagi dua minggu je. Lepas tu Sya akan masuk gred 4. Lagi dua tahun je Sya nak sekolah. Lepas habis sekolah tinggi Sya balik Malaysia. Promise." Zarisya Nur Jannah menagih pula simpati mamanya. Puan Syazira hanya tersenyum. Faham benar dengan perangai puteri tunggalnya ini. Keras hati dan kepala batu. Sama dengan papanya.
 
"No excuse Zarisya Nur Jannah.. Just pack your stuff and all what-so-ever thing you want bring back to Malaysia. Tomorrow early morning, our flight to Malaysia at 6.30 a.m." Tegas nada Encik Zarihin Shawn sebelum berlalu ke kamarnya.
 
Termanggu Zarisya Nur Jannah di ruang tamu. Matanya sayu memandang mamanya yang hanya menjungkitkan bahu lalu turut berlalu membontoti suaminya.

"Dear, are you sure want to send Zarisya back to my hometown? Stay with my father?" Lembut Puan Syazira memicit bahu suaminya yang sedang leka membaca surat khabar. Encik Zarihin Shawn sekadar mengangguk.
 
"Awak tak risau ke kalau Zarisya buat perangai sama seperti dia tingal dengan kita? Abah saya dah tua, takkan larat dia nak mengawal perangai nakal anak dara kita tu. Lagipun, mahu ke abah terima anak kita? Cucu dia yang lahir dari rahim anak derhaka seperti saya ni????" Sebak suara Puan Syazira.Tangannya terhenti dari memicit bahu suaminya. Dikesat air mata yang jatuh dengan hujung blausnya.
 
"Sayang, jangan kata begitu. Apa yang saya buat ini untuk kebaikkan kita semua juga. Untuk menebus kesalahan kita berdua. Saya yakin abah awak akan terima Zarisya, satu-satu cucunya yang akan menyambung zuriat keturunannya. Zarisya akan menyatukan kembali awak, saya dan abah awak yang dah lama terpisah. Ini masanya kita kembali keMalaysia. Kembali memohon keampunan dari abah awak. Awak tak nak ke jumpa dengan abah awak? Awak tak nak ke temukan saya dengan ayah mertua saya? Awak tak nak ke temukan Zarisya dengan atoknya?" Encik Zarihin Shawn memeluk erat tubuh isterinya erat.
 
Puan Syazira teresak menangis dalam pelukan tubuh suami tersayang. Hatinya dipagut rindu yang teramat kepada abahnya, Encik Amran yang hampir enam belas tahun tidak ditemuinya. Abah, maafkan Zira. Zira banyak buat dosa terhadap abah.

***

MALAYSIA,
15 TAHUN LEPAS

"Abah,  restuilah hubungan Zira dengan Zarihin. Zira yakin Zarihin akan bahagiakan Zira. Lagipun Zarihin dah peluk Islam abah. Dia bukan peluk Islam sebab nak kahwin dengan Zira, tapi sejak dua tahun lepas. Sebelum kami bertemu lagi abah." Air mata membasahi wajah Syazira.
 
Encik Amran sekadar membatukan dirinya. Kesal benar dia dengan puteri tunggalnya yang seorang ini. Susah payah dia membesarkan Syazira setelah kematian isterinya sewaktu Syazira berusia tiga tahun, bila besar ini yang Syazira lakukan terhadapnya. Teganya Syazira ingin berkahwin dengan Zarihin Shawn bin Abdullah, anak muda yang berasal dari Scottland itu. Ah,dia tahu, setelah Syazira berkahwin dengan anak muda itu, pastinya Syazira akan dibawa pergi jauh darinya. Pastinya Syazira akan dibawa menetap di tempat kelahiran suaminya. Pasti Syazira tidak akan pulang dan tinggal bersamanya lagi. Luluh hati tuanya mengenangkan semua itu.
 
"Zira, selangkah kau keluar dari rumah ini, kau jangan lagi menoleh ke belakang. Selangkah kau keluar dari rumah ini, kau jangan lagi kembali ke sini. Sebaik kau bergelar isteri kepada lelaki itu, kau bukan lagi anak abah." Encik Amran terus berlalu ke biliknya. Air mata mengalir lesu di pipi tuanya.
 
"Abah…." Semakin deras air mata mengalir di wajah Syazira. Sampai hati abah membuangnya. Sampai hati abah tak nak mengaku dirinya anak abah lagi. Abah, Zira tetap akan pergi. Tapi Zira janji abah, Zira tetap akan pulang ke sini lagi bersama sejuta kebahagiaan untuk membahagiakan abah pula.
 
Zarihin Shawn terkedu melihat cerita realiti yang berlaku di depan matanya. Kejam sangat ke dia memisahkan seorang anak dengan ayahnya. Kejam ke dia jika dia mengambil Syazira sebagai isteri dengan harapan dia akan lebih mengenali apa itu Islam.
 
"Zar, jom kita pergi. Abah Zira dah buang Zira. Hanya Zar tempat Zira bergantung. Tolong jangan tinggalkan Zira." Erat Syazira menggenggam tangan Zarihin Shawn. Matanya memancarkan sejuta cahya harapan. Zarihin Shawn hanya mengangguk sambil tersenyum.
 
Lalu,dengan langkah longlai mereka keluar dari rumah Encik Amran. Dengan harapan suatu hari nanti mereka akan kembali pulang memberi kebahagiaan pada Encik Amran. Dari celahan jendela kamarnya, Encik Amran mengesat air mata yang mengalir sambil melihat puteri tunggalnya meninggalkan rumah mereka. Pergilah anakku, jika itu yang kau mahukan. Restu abah selalu bersamamu sayang. Gapailah kebahagiaan yang kau cari bersama bakal suamimu. Didiklah zuriat yang bakal menjadi penyambung keturunan abah dan arwah ibu sebaiknya. Pulanglah bila kau merindui abah. Abah akan tetap menerimamu. Maafkan abah kerana melukakan hatimu sayang.

***

LONDON,
SETAHUN KEMUDIAN

"Congratulation Mr. Zarihin. Your wife had gave birth on 12.00 noon. A baby girl. Cute like both of you." Doktor William Johnson tersenyum manis sambil berjabat tangan dengan Encik Zarihin Shawn. Hanya seribu kesyukuran terucap dari bibir Zarihin Shawn sebaik mendengar berita itu. Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan kebahagian yang tidak ternilai ini buatku dan isteri. Abah, Zira selamat melahirkan zuriat penyambung keturunan abah.
 
"Sayang, terima kasih untuk anak ini.." Zarihin Shawn mengucup dahi Syazira penuh kasih sayang. Dia mengendong buah hati mereka berdua dan me'iqamatkan puteri mereka dengan harapan akan menjadi anak yang soleh.
 
"Abang, kita namakan anak kita dengan nama Zarisya ye." Lemah suara Syazira namun masih tersenyum manis.
 
"Kenapa Zarisya?" Zarihin Shawn mengerutkan keningnya.
 
"Gabungan nama kita. Zari untuk Zarihin dan Sya untuk Syazira." Ringkas Syazira menerangkannya.
 
"Kalau begitu, kita namakan anak ini Zarisya Nur Jannah, semoga anak ini akan membawa cahaya kebahgiaan kepada kita dan penyuluh untuk kita menuju ke syurga." Zarihin Shawn mengucup dahi anaknya penuh kasih sambil diperhatikan oleh Syazira.

***

"Zarisya, cepat bangun. Kita dah terlewat untuk ke airport." Terpisat-pisat Zarisya Nur Jannah sebaik jeritan mamanya menusuk gegendang telinga.
 
"Mama, give me half hour. I'm on my way to bathroom." Perlahan Zarisya melangkah ke kamar mandi. Selesai mandi, Zarisya Nur Jannah mengambil wuduk dan menyarungkan telekung ke badannya. Dipandang sekilas wajahnya ke dalam cermin, ayu jugak aku bila pakai telekung. Suci je muka. Tersengih dia seorang diri. Lantas dia menunaikan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Usai solat Subuh, dia menadah tangan berdoa.
 
"Ya Allah yang Maha Pendengar, Kau dengarlah rintihan hamba ini. Sesungguhnya aku redha dengan segala takdir yang kau lakarkan dalam hidupku ini. Aku redha andainya aku terpaksa pulang ke Malaysia dan menetap bersama abah mama. Kau tabahkan hatiku untuk menyesuaikan diri bersama atok. Kau jadikan aku anak yang soleh. Yang mendengar kata. Jadikan aku insan yang beriman. Amin ya Rabbul Alamin."
Zarisya Nur Jannah melipat telekungnya dan menyimpan didalam beg pakaiannya. Dicapai frame gambarnya bersama sahabat baiknya. Ditatapnya seketika sebelum disimpan didalam beg sandangnya. Lama dia berteleku di atas katil bujangnya. Oh bilik, aku akan merinduimu.
 
Longlai Zarisya menarik beg pakaiannya turun ke bawah.
 
"Honey, are you ready dear?" Ceria suara Encik Zarihin Shawn menyambut puteri tuggalnya yang kelihatan murung.
 
"Papa, Sya tak nak pergi.." Lemah suara Zarisya Nur Jannah.
 
"Keputusan papa muktamad. Sayang, cepat!! Kita dah lewat." Encik Zarihin Shawn memekik memanggil isterinya. Terkocoh Puan Syazira berlari keluar dari kamarnya sambil membetulkan tudungnya.
 
"I'm ready dear." Puan Syazira tersenyum manis. Sempat ditepuk bahu Zarisya Nur Jannah yang kelihatan seperti mengelamun.

"Jom sayang.." Tangan Zarisya Nur Jannah ditarik lembut menaiki teksi yang sedang menunggu.

AIRpORT
6.00 a.m

"Zarisya!! Wait for me.." Michele melambai tangannya pada Zarisya Nur Jannah yang sedang berjalan menuju ke balai berlepas.
 
"Michele!!!" Terjerit Zarisya Nur Jannah sebaik melihat sahabat baiknya. Di belakang Michele, kelihatan Elly, Shawn, Paul, dan Adzril Adzrian berlari anak membontoti Michele.
 
"Hey, macam mana korang boleh sampai sini.?" Ceria suara Zarisya Nur Jannah menyambut sahabat baiknya.
 
"Sya, aku akan rindukan kau babe." Dah masuk mode sedih-duka dah. Pandai pula Minah Saleh ni cakap Melayu. Haha. Semua ni hasil ajaran Zarisya Nur Jannah sekeluarga mengajar rakan-rakannya cakap Melayu. Memang sahut slogan agungkan bahasa Malaysia.
 
"Michele, aku pun akan rindu kau la." Zarisya Nur Jannah mengelap air mata yang hampir mengalir. Malas nak tambah kesyahduan.
 
"Sya, selalu online myspace eh. And don't forget update your blog. I will be the loyal follower for your blog dear." Tersenyum Adzril Adzrian sambil mengangkat peace pada Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah tersengih.
 
"Ian, kau balik Malaysia bagitahu aku tau." Adzril Adzrian hanya menggangguk.
 
Adzril Adzrian membesar bersama-sama Zarisya Nur Jannah. Ayahnya CEO syarikat terkemuka di London berkawan baik dengan papa Zarisya Nur Jannah juga pembimbing Encik Zarihin Shawn dalam mendalami agama Islam. Adzril Adzrian selalu pulang ke kampung neneknya di Pulau Pinang, Malaysia. Sempat lagi tu promosi tentang profile Adzril Adzrian.
 
"Elly, aku akan rindu spaghetti yang kau selalu masak untuk aku." Zarisya Nur Jannah memeluk erat tubuh Elly Sorasta Juanes, anak kelahiran Italy tetapi menetap di London bersama abangnya. Mereka pewaris kekayan Mikel Sorasta Juanes, pemilik restoran spaghetti terkenal di London. Ibu bapa Elly telah meninggal dunia kerana terkoraban dalam kejadian peaswat terhempas ketika Elly berusia enam tahun.
 
"Sya, nanti siapa yang akan tolong aku selesaikan soalan Add Math Miss Kelly?" Shawn dah mula kesat air mata. Adoyai, sensitive betul anak Mat Saleh ni.
 
"Paul kan pandai Add Math jugak." Zarisya Nur Jannah menepuk bahu Paul. Paul dan Shawn adalah kembar. Paling nakal tapi bijak. Cuma Shawn agak lemah dalam subjek Add Math. Mereka menjadi buruan guru disiplin di sekolah. Selalu menimbulkan kekecohan tetapi mereka punya hati yang baik dan amat menghormati orang tua. Lahir dalam keluarga sederhana, mereka selalu kesesakan wang dan rajin mencari wang tambahan. Perkenalan mereka dengan Zarisya Nur Jannah bermula apabila mereka berdua bekerja di pejabat milik Encik Zarihin Shawn ketika cuti musim panas lima tahun lepas. Kasihan dengan keadaan mereka, Encik Zarihin Shawn mengambil mereka sebagai anak angkat sekaligus menyediakan dana pembiayaan sekolah untuk mereka berdua.
 
"Oh Paul, jaga Shawn elok-elok dan selalu jenguk mama dan papa aku. I will miss you brother." Air mata Zarisya Nur Jannah mengalir juga. Mereka saling berpelukan.

Sebuah ikatan persahabatan bakal menjadi sejarah.

"Honey, jom masuk." Encik Zarihin memeluk bahu Zarisya Nur Jannah lembut.

Sebaik bersalaman dengan sahabatnya, longlai Zarisya Nur Jannah masuk ke perut pesawat.
London, I'm gonna miss you!!!!!


Lapangan Terbang bayan lepas

Zarisya Nur Jannah orang terakhir keluar dari pesawat. Air mata mengalir laju. Rindunya dia pada kawan-kawannya. Rindunya dia pada sekolahnya. Pada guru-gurunya. Pada London. Mama, Sya nak balik!!!!

"Sya, welcome to my homeland." Puan Syazira mengukir senyuman manis. Terpancar kegembiraan pada wajahnya.

"Jom Sya, papa dah sewa cab." Encik Zarihin Shawn menolak troli yang dipenuhi bagasi mereka sekeluarga.

"Pa, kita nak pergi mana?" Zarisya mengusap perutnya yang bergendang. Laparnya.

"Pergi makan. Papa tahu Sya laparkan." Encik Zarihin Shawn mengenyit matanya pada Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah tersengih malu.

"Papa, apa ni?" Zarisya Nur Jannah menguis-nguis nasi hadapannya. Takkan lah pagi-pagi dah makan nasi. Tak ada sandwich ke? Zarisya Nur Jannah bermonolog sendirian.

"Ni orang Malaysia panggil nasi lemak. Sya tak ingat mama selalu cerita kat Sya tentang keenakkan nasi lemak, sambal belacan, roti canai, kari kepala ikan." Penuh berselera Puan Syazira menyuap nasi lemak ke mulutnya.
 
Zarisya Nur Jannah sekadar menelan liur. Sedap ke? Perlahan dia mengaut sedikit nasi lemak di hujung sudu lalu menyuap ke mulutnya. Emm, not bad… Dan dengan selera dia menikmati sarapan paginya itu. Encik Zarihin Shawn dan Puan Syazira sekadar tersenyum. Zarisya oh Zarisya.

"Mama, lambat lagi ke nak sampai?" Zarisya Nur Jannah mengeliat. Lenguh badannya duduk lama-lama dalam cab. Dah dekat dua jam dah.

"Kejap je sayang. Sayang tengok luar, cantikkan." Puan Syazira menunjuk ke luar. Sawah padi terbentang luas berlatarkan bukit bukau yang menghijau. Nyaman udara terasa.
 
Sengaja Encik Zarihin Shawn meminta pemandu teksi membawa mereka ke Kedah, negeri kelahiran Puan Syazira melalui jalan lama. Tidak menggunakan lebuh raya. Katanya nak menikmati keindahan Malaysia.

"Cantik. Papa!! Tengok tu. Ada lembu. Eh, apa orang tu buat kat tengah padang tu?" Serentak Puan Syazira dan Encik Zarihin Shawn ketawa. Pemandu teksi turut ketawa.

"Sayang, bukan padang tapi bendang." Zarisya menggaru kepala, tak faham.

"Bendang ni ditanam padi. Bila padi dah masak, boleh dituai menjadi beras. Beras dimasak menjadi nasi, makanan ruji rakyat Malaysia." Panjang penerangan Puan Syazira kepada puteri tunggalnya.

"Oh.." Zarisya Nur Jannah sekadar mengganguk. Asyik benar dia menikmati keindahan sawah padi. Sempat dia merakam beberapa keping gambar menggunakan kamera hadiah Adzrian di hari lahirnya.

"Opocot mak engkau.." Latahan pemandu teksi mengejutkan mereka sekeluarga.

"Pakcik, ada masalah ke?" Cemas Encik Zarihin Shawn menyoal.

"Dah sampai ke?" Teruja Zarisya Nur Jannah bertanya.

"Tak ada apa Encik. Cuma ada kerbau melintas. Terkejut saya." Tersipu malu pemandu teksi itu. Meletus tawa Zarisya Nur Jannah sekeluarga.

Zarisya Nur Jannah nyenyak tidur sewaktu teksi dinaiki memasuki kawasan kampung kelahiran mamanya. Riuh kelihatan anak kecil bermain. Puan Syazira tersenyum girang. Dalam masa yang sama, debaran turut dirasai. Apa khabar agaknya abah? Sihatkah dia? Rindukah dia akan aku? Puan Syazira menggenggam erat tangan suaminya yang mengusap lembut belakangnya.
 
Kelihatan sebuah rumah tua, tersergam sepi di hujung kampung. Suasana sepi jelas kelihatan. Daun-daun pokok rambutan bertaburan tidak disapu. Jendelanya tertutup rapat. Hanya pintu yang menghadap jalan sedikit terbuka. Puan Syazira melangkah perlahan ke tangga rumah.Encik Zarihin Shawn mengikut di belakang.
"Assalamualaikum." Salam dilaung. Tiada respon.

"Abah, Zira balik ni." Sebak suara Puan Syazira memanggil abahnya.

"Papa, rumah siapa ni?" Zarisya keluar dari perut teksi menuju kearah Encik Zarihin Shawn. Mukanya tampak kusut. Mungkin masih mengantuk.

"Ini rumah atok Sya." Perlahan Encik Zarihin Shawn bisik di telinga Zarisya Nur Jannah.

"Abah, mana abah? Tak nak ke abah jumpa Zira lagi." Air mata Puan Syazira mengalir laju. Suaranya serak. Zarisya Nur Jannah memeluk belakang mamanya. Memberi semangat walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku kini.

"Kau dah pulang ye Zira." Terdengar suara tua di sebalik pintu rumah. Perlahan pintu terbuka luas dan kelihatan wajah tua Encik Amran yang terjengul keluar.

"Abah.." Puan syazira meluru kearah Encik Amran. Erat dia memeluk abahnya yang sekian lama di tinggalkannya. Rasa pilu dan hiba menyelubungi keheningan pagi itu.

Zarisya Nur Jannah hanya mampu melihat tanpa kata. Hatinya turut dipagut hiba. Encik Zarihin Shawn turut mengesat air di pelupuk matanya.

"Abah, Zira minta ampun. Maafkan Zira kerana tinggalkan abah seorang diri. Zira banyak dosa kat abah. Zira rindukan abah." Puan Syazira mencium tangan abahnya berulang kali memohon keampunan.

"Abah dah lama maafkan kamu sayang. Abah juga merindui kamu. Kenapa kamu tak balik? Marah sangat ke kamu dekat abah?" Encik Amran menahan sebak. Empangan kolam matanya penuh dengan air mata. Air mata kerinduan, kesyukuran dan kesayuan. Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan anakku.

"Abah, mari Zira kenalkan abah dengan satu-satunya cucu abah. Sayang, mari sini salam dengan atok." Puan Syazira menggamit Zarisya Nur Jannah ke sisinya. Zarisya Nur Jannah melangkah perlahan.

"A..at..atok.." Tergagap Zarisya Nur Jannah mengucapkan perkataan yang tak pernah sekali dia menyebut. Oh, betapa tenangnya hati aku bila melihat wajah tua atok. Atok, cucumu datang membawa seribu kebahagiaan buatmu. Zarisya Nur Jannah tersenyum lalu menyalami tangan atoknya. Encik Amran menarik Zarisya Nur Jannah ke dalam pelukannya. Cucuku, pewaris keturunanku.

"Abah, maafkan saya kerana membawa Zira pergi jauh dari abah." Encik Zarihin Shawn lantas menyalami bapa mertuanya. Lama dia mencium tangan tua itu. Setitis air mata menitis di atas tangan Encik Amran.

"Zarihin, abah tak pernah marahkan kamu. Abah yang salah meilai kamu sebelum mengenali siapa kamu sebenarnya. Terima kasih kerana menjaga Zira sebaiknya dan memberikan abah waris keturunan abah yang comel ni." Encik Amran tersenyum lalu dia dan Encik Zarihin Shawn berpelukan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kebahagiaan ini.
***

"Mama, mama dah nak balik London ke?" Zarisya Nur Jannah melentokkan kepalanya diriba Puan Syazira.

"Ye sayang." Puan Syazira mengelus lembut rambut Zarisya Nur Jannah yang keperangan itu. Bukan diwarnakan tapi natural beauty. Hehehe..

"Mama nak tinggalkan Sya kat sini ke?" Air mata Zarisya Nur Jannah mula bertakung di kolam mata. Ah, anak ini manja benar.

"Sayang, mama bukan tak sayangkan Sya tapi mama nak Sya belajar hidup berdikari. Selama ini, di London, segala perihal diri Sya, ada orang yang tolong uruskan. Pergi ke sekolah dihantar driver, bangun pagi, maid yang kejutkan. Makan pakai Sya, semua maid yang sediakan. Sya dah besar, dah sampai masanya Sya uruskan hidup Sya sendiri. Dan belajar menjadi anak yang bertanggungjawab.
 
Tak lama lagi, Sya yang akan mengambil alih kerusi CEO Zarisya Holding dan anak-anak syarikatnya yang beratus cawangan di serata dunia. Sya akan menggantikan tempat papa. Sya kena belajar hidup tanpa mama dan papa. Mana tahu, esok lusa, Allah nak tarik nyawa mama dan papa, kalau Sya tak bersedia macam mana Sya nak teruskan hidup Sya?" Puan Syazira merenung anak kesayangannya yang terkebil-kebil mendengar setiap patah katanya.
"Mama, jangan cakap macam itu. Mama dan papa tak akan tinggalkan Sya kan? Mama dan papa akan terus hidup untuk Sya kan? Mama, Sya sayang mama dan papa. Mama dan papa jangan tinggalkan Sya." Empangan mata Zarisya Nur Jannah pecah jua. Hatinya berdebar. Kenapa mama bercakap seolah akan pergi jauh meninggalkan aku? Tidak!! Tuhan, jangan Kau ambil mama dan papa aku. Aku masih kecil untuk ditinggalkan sendirian.

"Ye sayang, mama dan papa pun sayangkan Sya. Sya duduk di sini jangan nakal-nakal tau. Jaga atok. Atok dah tua, kalau Sya nakal-nakal, dia dah tak larat nak mengawal Sya. Jangan buat atok jatuh sakit." Puan Syazira mencium dahi Zarisya Nur Jannah berulang kali.

"Sya janji. Sya akan jadi anak yang baik. Mama dan papa selalu balik sini tau. Selalu datang jenguk Sya dan atok. Kalau mama dan papa tak balik sini, Sya bawa atok pergi London." Zarisya Nur Jannah tersenyum.
 
Puan Syazira mencubit pipi anaknya. Tuhan, Kau berikanlah kebahagiaan dalam hidup anakku. Kau tabahkan hatinya menghadapi setiap dugaan hidup ini. Jadikan dia anak yang baik, yang solehah, yang akan membawa aku dan suami ke syurga. Jadikan Zarisya Nur Jannah insan beriman, insan yang selalu membantu dan berhati mulia. Puan Syazira mencium sekali lagi dahi puteri tunggalnya. Sayang, mama sayangkan kamu. Jaga diri kamu sebaiknya.
***

"Berita terkini. Pesawat Boieng 007 yang membawa penumpang dari Malaysia ke London telah terhempas. Kesemua penumpang disahkan maut akibat letupan pesawat setelah terhempas. Ahli keluarga mangsa yang terlibat boleh mendapatkan pengesahan dari pihak MAS. Sekian, berita TV3."
 
Langkah Zarisya Nur Jannah terhenti. Jantungnya bagai nak luruh. Lidahnya kelu. Air mata tak henti mengalir. Badannya sejuk. Telefon bimbit di tangannya terhempas ke lantai. Panggilan Adzril Adzrian tidak dihiraukannya lagi. Kalau tadi dia tersenyum girang menerima pangilan '3g' dari Adzril Adzrian, tapi kini wajahnya berubah. Hanya air mata yang mampu ditatap oleh Adzril Adzrian.
 
Tak!! Mama dan papa masih hidup. Mereka dah selamat sampai ke London. Zarisya Nur Jannah menjerit. Namun jeritannya tak siapa yang dengar. Mama, papa!!! Jangan pergi. Sya masih perlukan mama dan papa. Mama, papa..!!! Sya sayang mama dan papa.

"Sya, bangun Sya." Pipinya ditepuk perlahan. Zarisya Nur Jannah membuka matanya sedikit. Pandangannya kabur. Kepalanya pening.

"Atok.." Lemah suara Zarisya Nur Jannah memanggil atoknya.

"Ye cu. Atok kat sini." Encik Amran cuba tersenyum. Sabarlah cucuku, semua ini dugaan Allah buat kita. Kasihan kamu, masih muda untuk menerima hakikat yang kamu kini anak yatim piatu.

"Mama mana? Papa? Atok, mama dan papa masih hidupkan? Mereka tak terlibat dalam kejadian pesawat terhempas tu kan?" Zarisya Nur Jannah menggogoi pilu. Wajahnya basah. Hidungnya merah.

"Sayang, mengucap sayang. Terima takdir ini dengan redha. Atok masih ada buat kamu. Terimalah hakikat ini sebagai dugaan buat kita." Encik Amran memeluk erat cucunya. Namun dia sendiri menangis. Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu. Syazira, anak tunggalnya tinggalkan dia sekali lagi. Kali ini, dia tak akan lagi pulang ke pangkuannya. Ya Allah, cubaan apa ini? Tabahkan diriku Ya Allah.

"Atok, Sya dah jadi anak yatim piatu atok. Sya dah tak ada mama. Dah tak ada papa. Atok, Sya rindukan mereka. Sya nak mereka." Zarisya Nur Jannah meraung hiba.

"Bersabar Sya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya." Encik Amran mengusap belakang cucunya. Cucuku, jangan menagis sayang. Atok tak akan tinggalkan kamu. Atok akan jaga kamu seperti mana mama dan papa kamu menjagamu. Ini janji atok buatmu.

***

Michele dan Elly memeluk erat Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar membatukan diri. Terasa kosong hidupnya. Bagaimana dia nak lalui semua ini?

"Babe, I know you are strong. Sabar ok. Aku pernah lalui apa yang kau lalui. Memang sakit tapi dalam sakit itu akan ada kebahagiaan." Elly mengusap belakang Zarisya Nur Jannah.

"Sya, awak kena tabah. Kami semua selalu ada disisi awak jika awak perlukan kami." Michele menggenggam erat tangan Zarisya Nur Jannah.

"Thank guys. Korang memang sahabat terbaik aku." Zarisya Nur Jannah tersenyum hambar. Syukur dia punyai sahabat seperti mereka semua. Yang selalu ada saat suka dan duka.

"Aku tak akan biar kau lalui hidup ini seorang diri Sya." Adzril Adzrian merenung dalam anak mata Zarisya Nur Jannah.
"Ian, aku tak kuat." Perlahan Zarisya Nur Jannah lepaskan keluhan. Berat.

"Kau kuat. Zarisya Nur Jannah yang aku kenal tak mudah mengalah. Kau kena bangkit. Kau masih ada banyak tanggungjawab yang perlu kau pikul. Atok kau, perniagaan papa kau, pelajaran kau. Kau tak boleh hancurkan semua itu.
 
Kau nak ke tengok perniagaan yang papa kau usahakan dari bawah berkecai macam itu je? Kau nak mama kau sedih bila tengok kau abaikan pelajaran kau? Kau nak biarkan atok kau seorang diri balik ke?" Keras nada Adzril Adzrian. Merah mukanya menahan rasa. Hatinya pedih melihat keadaan Zarisya Nur Jannah.
 
Baru semalam dia melihat senyum Zarisya Nur Jannah di layar skrin telefon bimbitnya ketika mereka ber'3g'. Tapi hari ini, yang hanya mampu dilihat di wajah Zarisya Nur Jannah ialah kesugulan dan kekecewaan. Sahabat, buktikan pada semua kau gadis yang tabah.

"Ian, aku rindu mama dan papa." Zarisya Nur Jannah menangis semahunya di bahu Adzril Adzrian.

"Sabar Sya.." Adzril Adzrian menepuk bahu Zarisya Nur Jannah lembut.

"Ian, panggil Zarisya. Dah sampai masa untuk kebumi mayat." Papa Adzril Adzrian menggamitnya. Adzril Adzrian memimpin Zarisya Nur Jannah ke tanah perkuburan.

Sahabat mereka yang lain membontoti dari belakang. Hanya kasayuan dan kesedihan menyelubungi suasana saat itu.

Sebaik imam selesai membaca talkin, seorang demi seorang mula menapak meninggalkan tanah perkuburan. Encik Amran menepuk bahu Zarisya Nur Jannah yang masih berteleku di tepi kubur papa dan mamanya.

"Sya, pulanglah ye cu.." Encik Amran memujuk.

"Tak nak. Sya nak duduk dengan mama dan papa. Sya tak nak tinggalkan mereka. Atok balik lah. Sya nak duduk kat sini." Zarisya Nur Jannah menahan sebak. Air mata ditahan dari jatuh. Hatinya sayu.

"Mama, siapa nak peluk Sya lepas ni bila Sya sedih. Papa, siapa nak cium dahi Sya lepas ini bila Sya nak tidur. Mama, Sya demam siapa nak buatkan sup ayam untuk Sya? Papa, Sya rindu Papa. Sya nak papa mainkan gitar untuk Sya seperti dulu. Mama, Sya nak mama nyanyi untuk Sya macam dulu. Mama, papa, bangun lah. Jangan tinggal Sya seorang diri macam ini." Encik Amran mengesat air mata yang jatuh di pipi. Adzril Adzrian di sisi terkelu lidah. Michele, Elly, Shawn dan Paul turut menitiskan air mata.

"Sya, jangan macam ini. Tak tenang roh mama dan papa kamu kat sana." Encik Amran memujuk.

"Atok, atok baliklah dulu. Sya nak duduk sekejap dengan mama dan papa." Serak suara Zarisya Nur Jannah.

"Atok, biar kami yang temankan Sya dekat sini. Atok balik lah dulu." Adzril Adzrian memegang lengan Encik Amran.
 
Encik Amran hanya mengangguk lesu. Perlahan dia berjalan meninggalkan Zarisya Nur Jannah bersama kawan-kawannya. Tabah lah wahai cucuku.

"Sya, bersabar Sya. Kau tak boleh meratap macam ini. Berdosa. Tak tenang roh mama dan papa kau." Adzril Adzrian memegang bahu Zarisya Nur Jannah.

"Ian, mama dan papa aku.." Zarisya Nur Jannah menagis lagi. Beratnya dugaan yang dilaluinya ini.
"Sya, lets go back." Michele cuba memujuk.

"Sya, kuatkan hati kau." Elly meniupkan kata semangat.

"Sya, I miss papa and mama too. Tapi kita kena terima takdir ini." Paul berkata perlahan. Shawn sekadar mengangguk. Hatinya turut dipagut pilu. Ibu dan bapa angkatnya telah pergi jauh meninggalkannya.

"Sya, kita balik okey." Adzril Adzrian memegang lembut lengan Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar mengangguk. Dengan langkah longlai, mereka berenam meninggalkan tanah perkuburan itu.

***

"Sya, jaga diri. Apa-apa hal kau call je aku." Adzril Adzrian tersenyum manis.

"Sya, take care okey." Michele memeluk Zarisya Nur Jannah diikuti Elly.

"Korang, thanks a lot sebab datang. Aku terhutang budi dengan korang." Zarisya tersenyum namun hambar. Jelas kesedihan masih terpancar di matanya.

"Tak ada hal la Sya. Kau kan kakak aku dan Shawn. Mestilah kami datang kat kau." Paul menumbuk lembut bahu Zarisya Nur Jannah.

"Paul, Shawn, jaga diri okey. " Zarisya memegang tangan mereka berdua penuh kasih seorang kakak. Walau sekadar kakak angkat mereka, tetapi dia amat menyayangi mereka berdua.

"Zarisya, pakcik dan makcik balik dulu. Jaga diri. Jaga atok elok-elok. Jangan nakal-nakal okey." Zarisya Nur Jannah pantas menyalami tangan Encik Badrul dan Puan Hasnah. Lama dia dipeluk oleh Puan Hasnah. Terasa seakan pelukan mamanya. Mama, Sya rindu mama.

"Makcik, pakcik. Terima kasih sebab datang." Encik Badrul mengusap lembut kepala Zarisya Nur Jannah. Zarihin, aku kan jaga nak kau sebaiknya. Tenanglah kau disana sahabat.
 
Sebaik sahabatnya pmemasuki perut pesawat. Zarisya Nur Jannah bergegas pulang. Atok seorang diri di rumah. Banyak benda harus diselesaikannya. Zarisya Nur Jannah, go girl. Awak kuat untuk hadapi semua ini. Zarisya Nur Jannah tersenyum. Semangatnya kembali.


Bersambung.........
Rokiah Mad Dom , Jumaat, Jun 08, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog