GEORGE TOWN, 7 Jun 2012 - Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.
Ketua Penyelidik, Prof Azhar Mat Easa berkata produk yang dipanggil mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.
"Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya di negara maju seperti di Amerika Syarikat pengambilan kapsaicin lazimnya dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping memerlukan perbelanjaan yang besar.
Azhar yang menyifatkan produk itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia kerana berbanding mi biasa, mi berlapis itu menawarkan pembekalan kapsaicin tanpa iritasi atau kepedasan dalam mulut.
Katanya setiap 100 gram mi mempunyai 17 miligram kapsaicin dan ia boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 1 kilogram seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari.
"Menggunakan teknik hubung silang paut protein, mi ciptaan kami diadun secara merintang dan kapsaicin diapit oleh dua lapisan tepung menjadikan ia lebih kenyal dan padat.
"Sifat kenyal dan padat menyebabkan mi bertahan lama dalam sistem penghadaman dan mengupayakan zat pedas bertindak aktif membakar kalori dalam tubuh," katanya.
Selain berkhasiat dan mengenyangkan, katanya mi berkenaan boleh dinikmati sama seperti produk mi tipikal yang lain.
Inovasi itu turut memenangi anugerah emas dalam International Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2012 di Kuala Lumpur pada Mei lepas.
USM kini dalam proses perbincangan dengan beberapa syarikat untuk mengkomersialkan produk berkenaan dan mi itu dijangka berada dalam pasaran tidak lama lagi dengan harga RM7 bagi setiap 100gram. - Bernama
Jumaat, Jun 08, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penyelidik USM cipta mi berupaya bantu turunkan berat badan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "