2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mitos usia tua

Jalani hidup tua dengan pelajari perkara baru, belajar sesuaikan diri dengan perubahan dan terus aktif

APABILA seseorang memasuki usia senja (65 tahun ke atas), pelbagai perubahan besar akan berlaku ke atas dirinya.
 
Ini termasuklah perubahan seperti bersara daripada pekerjaan yang telah menjadi sebahagian besar dalam hidupnya, kehilangan orang yang dikasihi kerana meninggal dunia dan perubahan fizikal.
 
Bagaimana untuk menangani semua perubahan ini, selain menangani tekanan hidup harian?
 
Inilah antara cabaran-cabaran yang dihadapi dan perlu ditangani oleh warga senja demi menempuh usia emasnya dengan sejahtera.
 
Perlu diingat bahawa warga senja yang ingin terus sihat bukan bermakna sihat dari segi fizikal sahaja. Ia juga bermakna mereka perlu tetap mempunyai tujuan dalam hidup dan semangat serta dorongan yang tinggi untuk menempuh kehidupan dengan penuh bermakna.
 
Ramuan-ramuannya mungkin berbeza daripada seorang ke seorang warga senja, tetapi ada faktor-faktor serupa yang boleh diambil perhatian.
 
Ini adalah kesihatan mental yang baik dan keupayaan menangani stres atau tekanan dengan baik juga.
 
Oleh itu, seorang warga senja perlu tahu formula asas untuk melalui apa yang biasa disebut sekarang sebagai penuaan yang sihat agar hati terus gembira dan hidup penuh bermakna.
 
Cara-cara menjalani kehidupan tua dengan bermakna dan gembira ialah mencari perkara-perkara baru yang digemari untuk dilakukan, belajar menyesuaikan diri dengan perubahan, terus aktif secara fizikal dan sosial dan terus berinteraksi dalam masyarakat dan dengan anggota keluarga.
 
Bagaimanpun, malangnya ramai orang tua berasa takut dan bimbang apabila usia semakin meningkat.
 
Mereka akan bertanya beberapa perkara ini:
  • Bagaimana aku hendak menjaga diri sendiri?
  • Bagaimana kalau aku kehilangan pasangan hidupku?
  • Apa yang akan jadi dengan minda atau pemikiranku?
  • Adakah aku akan menjadi seorang tua yang nyanyuk?
Sebenarnya, rasa takut ini timbul daripada tanggapan-tanggapan salah mengenai peningkatan usia.
 
Ada tanggapan ini yang dibesar-besarkan dan ada yang memang tidak benar langsung.
 
Sebab hakikatnya ialah seorang yang semakin lanjut usia boleh menjadi lebih kuat dan lebih cekal daripada apa yang disangkanya.
 
Salah tanggapan itu bolehlah kita sebut sebagai mitos dan yang sebaliknya ialah fakta tentang usia tua.
 
 
Berikut adalah beberapa mitos dan fakta tersebut.
 
MITOS: Tua bermakna tidak sihat dan tidak berdaya
 
FAKTA: Memang betul ada beberapa penyakit yang lebih lazim dihidapi orang tua, tetapi apabila usia semakin lanjut, itu tidak bermakna secara automatik kesihatan seseorang itu akan menurun atau beliau terus menggunakan alat bantuan untuk berjalan atau menggunakan kerusi roda.
 
Ramai warga emas yang cergas dan sihat. Rahsianya ialah mengambil langkah-langkah pencegahan awal seperti makan makanan yang menyihatkan, bersenam dan tangani stres dengan baik.
 
MITOS: Lupa-lupa ialah sebahagian daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.
 
FAKTA: Orang tua memang akan sesekali semakin tidak mudah mengingati peristiwa lama, tetapi hilang memori bukan satu akibat penuaan yang tidak dapat dielakkan.
 
Otak kita boleh dilatih untuk cergas pada bila-bila masa dan salah satu caranya ialah mempelajari perkara baru. Banyak yang boleh dilakukan untuk memiliki otak tajam.
 
MITOS: Apabila sudah tua, susah melakukan perkara baru atau memberi sumbangan.
 
FAKTA: Ini memang karut. Sebaliknya, orang tua seperti orang muda juga, sama berupaya untuk mempelajari perkara baru, berasa seronok dalam suasana baru dan berkongsi kebijaksanaan dan pengalaman mereka dengan generasi muda.
 
Apa yang diperlukan ialah keyakinan diri.
 
Unknown , Jumaat, Jun 22, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog