Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 8:55 PM

22Jumaat,Jun

Arianespace: Asia Pacific lokasi baru untuk pelancaran satelit

SINGAPURA, 20 Jun 2012 - Rantau Asia Pasifik semakin pesat menjadi kawasan baharu untuk pembangunan pelancaran satelit am dan satelit komunikasi, kata syarikat pelancar dan penyelesaian utama dunia.
  
Pengerusi/ketua pegawai eksekutif, Jean-Yves Le Gall berkata permintaan yang semakin bertambah untuk televisyen berdefinisi tinggi, internet mudah alih dan internet berkelajuan tinggi adalah pendorong kepada pertambahan kapasiti dan pelancaran satelit.
  
"Kita nampak perubahan daripada aktiviti kami daripada Eropah, iaitu tempat asal kami, kepada banyak aktiviti Amerika Syarikat dan kini rantau Asia Pasifik," katanya pada sidang media di pameran dagangan ICT CommunicAsia 2012 di sini.
  
Syarikat itu, yang mempunyai 64 peratus perkongsian pasaran di Asia Pasifik, melancarkan 50 satelit dalam tempoh 25 tahun lepas pada kadar pelancaran dua satelit setahun, kata Le Gall.
  
Arianespace, dengan jumlah dagangan 1.0 bilion euro, telah memenangi lebih separuh daripada kontrak pelancaran komersil yang dibuka kepada saingan bidaan di pasaran antarabangsa setiap tahun, dan menjangka jumlah dagangan tahun ini melebihi 1.0 bilion Euro.
  
Tunggakannya kini dicatatkan pada 4.5 bilion euro daripada 28 pelanggan, termasuk 31 satelit yang akan dilancarkan oleh Ariane 5 ke dalam orbit geopegun, enam misi khas Ariane 5, 15 pelancaran Soyuz dan dua pelancaran oleh roket Vega yang baharu.
  
Ini termasuk satelit Measat-3B milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang akan dilancarkan tahun depan.
  
Arianespace setakat ini telah mencatatkan 48 pelancaran berjaya sepanjang 9 tahun tanpa kegagalan. - Bernama
Unknown , Jumaat, Jun 22, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog