/

Ubat kesuburan tingkat risiko hidap leukemia?

LONDON : Ubat kesuburan dipercayai boleh meningkatkan risiko menghidap leukemia di kalangan bayi yang bakal dilahirkan, dedah satu kajian terbaru, hari ini.
 
Menurut kajian yang dibentangkan pada persidangan Kanser di kalangan Kanak-kanak 2012 di sini, bayi yang dilahirkan melalui rawatan kesuburan dikatakan menghadapi risiko 2.6 kali mendapat leukemia limfoblastik akut (ALL), iaitu jenis leukemia biasa yang sering dihidapi.
 
Risiko menghidap jenis leukemia yang jarang berlaku iaitu leukemia myeloid akut (AML) pula meningkat 2.3 kali ganda, manakala wanita yang hamil secara semula jadi selepas mencuba selama setahun didapati menghadapi 1.5 kali risiko melahirkan anak yang menghidap ALL.
 
Namun, kajian tersebut menunjukkan tiada peningkatan risiko leukemia bagi persenyawaan tabung uji (IVF) atau permanian beradas.
 
Kajian ini merupakan yang pertama menunjukkan kaitan antara ubat kesuburan dan leukemia di kalangan kanan-kanak.
 
Ketua penyelidik, Dr. Jeremie Rudant berkata, teknologi bantuan reproduktif mungkin terlibat dalam perkembangan kanser kanak-kanak, kerana ia melibatkan rawatan berulang ketika konsepsi berlaku.
 
Kajian yang dilakukan bersama Institut Penyelidikan Perancis, Inserm itu melibatkan ibu kepada 764 kanak-kanak yang menghidap leukemia dan 1,681 tanpa menerima sebarang rawatan.
 
Sebanyak 44,000 kitaran rawatan kesuburan dilakukan setiap tahun di United Kingdom dengan hampir dua peratus kelahiran dicatatkan pada 2007 berikutan rawatan yang diambil, berbanding hanya 0.5 peratus pada 1992.
 
Namun, di sebalik peningkatan risiko, jumlah kes leukemia di kalangan kanak-kanak di negara ini masih rendah, iaitu kira-kira 400 kes setiap tahun. - Agensi
 
 
Unknown , Selasa, Mei 08, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog