/

Penghidap Diabetes Lebih 10 Tahun Boleh Menjadi Buta - KP Kesihatan


KUALA LUMPUR, 6 Okt  - Pengidap diabetes selama lebih 10 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat retinopati diabetik yang boleh menyebabkan buta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata mereka yang menghidapnya melebihi 10 tahun berhadapan dengan 50 peratus risiko tersebut sementara yang menghidap melebihi 30 tahun mempunyai risiko 90 peratus.

"Retinopati diabetik boleh berlaku pada penghidap kencing manis tanpa disedari sehinggalah ia mencapai ke peringkat yang serius termasuk buta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal untuk Saringan Retinopati Diabetik di sini Khamis.

Dr Hasan berkata orang ramai perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai bahaya diabetes kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan buta atau masalah penglihatan lain dalam kalangan penduduk dewasa di negara ini.

"Kita minta semua yang mempunyai risiko diabetes buat pemeriksaan untuk pastikan mereka mendapat kualiti hidup yang cemerlang.

"Kalau dikesan tiada diabetes, baguslah. Tapi kalau ada, kena buat saringan untuk kurangkan atau elak penyakit mata
," katanya.

Beliau berkata berdasarkan Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS) pada tahun 2006, seorang daripada setiap lapan rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun dan ke atas menghidap diabetes dan jumlah itu menyamai 1.6 juta rakyat negara ini.

Mengulas mengenai garis panduan itu, Dr Hasan berkata ia dihasilkan untuk menyediakan pendekatan yang tepat dan jelas kepada semua pengamal perubatan tentang pengurusan terkini penyakit diabetes khususnya berkaitan retinopati diabetik.

"Rawatan penyakit diabetes berubah dan doktor mesti tahu perkembangan terkini untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit," katanya. - Bernama
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Oktober 08, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog