TIM COOK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple yang baru. - Foto BLOOMBERG
CEO baru pikul tugas kekalkan reputasi syarikat
SAN FRANCISCO : Kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs, telah menimbulkan keprihatinan sama ada syarikat itu mampu berkembang tanpa visi dan inovasi yang dipaparkan mendiang.
Tumpuan kini akan beralih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple yang baru, Tim Cook, yang semalam turut memberi penghormatan kepada mendiang yang disifatkan sebagai seorang 'mentor yang memberi inspirasi'.
'Apple telah kehilangan seorang genius yang berwawasan dan kreatif dan dunia telah kehilangan seorang insan yang cemerlang,' kata Cook.
'Steve telah meninggalkan sebuah syarikat yang hanya mampu dibangunkan oleh beliau sendiri dan semangatnya akan kekal menjadi asas Apple,' tambah beliau.
Cook kini memikul tanggungjawab mengekalkan reputasi Apple sebagai syarikat yang menghasilkan alat teknologi yang inovasi.
Jobs terkenal kerana memperkenalkan iPod, iPhone dan iPad kepada pengguna dunia.
Para pengamat bagaimanapun yakin Cook, 50 tahun, mampu menerajui syarikat itu.
'Beliau telah bersama Apple sejak 1998 dan bertanggungjawab merombak proses perkilangan dan mengembalikan keuntungan bagi syarikat yang pada satu masa dulu mengalami masalah.
'Jika Jobs seorang yang ranggi, dipuja dan berjaya menarik minat pengguna membeli produk baru walaupun ia belum berada di pasaran, Cook pula seorang yang pendiam dengan tumpuannya diberikan kepada proses operasi untuk menterjemahkan visi dan memastikan semuanya berjalan lancar di belakang tabir,' kata seorang pengamat, Carmi Levy.

TOKOH TERULUNG: Gambar yang diambil pada 24 Januari 1984 ini menunjukkan Encik Steve Jobs dengan komputer peribadi 'Macintosh' yang baru dilancarkan ketika itu. - Foto AP
Seorang lagi pengamat, Tim Bajarin, berkata para pengguna tidak membeli produk Apple semata-mata kerana Jobs.
'Mereka membeli produk itu berdasarkan apa manfaat produk itu bagi mereka. Saya yakin Apple akan maju di bawah kepimpinan Tim Cook serta pasukan eksekutifnya dan Apple akan terus menjadi salah sebuah syarikat teknologi paling penting di dunia,' katanya.
Dalam mesej kepada kakitangan Apple apabila beliau mengambil alih jawatan CEO daripada Jobs pada Ogos lalu, Cook berkata:
'Saya ingin anda yakin bahawa Apple tidak akan berubah. Steve membangunkan sebuah syarikat dan budaya yang tidak boleh ditandingi di dunia dan kita akan mengekalkannya... ia dalam DNA kita.' - Agensi.
Sabtu, Oktober 08, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Mohd. Adam B. Firdaus

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang KEMATIAN STEVE JOBS :: Masa depan Apple jadi tanda tanya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "