2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Lelaki pun ada masalah makan


MEMANG sudah menjadi keinginan setiap kaum Adam mahu mendapatkan tubuh yang tegap dan berotot. Apabila perut mula membuncit sehingga berat badan naik, ramai di kalangan kita yang akan berusaha mengempiskannya dengan berbagai-bagai kaedah.

Ada yang sanggup menghabiskan wang dan masa untuk ke gimnasium dan bersenam. Tidak kurang juga mereka yang akan mengawal makan mereka semata-mata untuk mencapai keinginan tersebut. Tapi kerana terlalu mengawal makan mereka, sesetengah kaum Adam kemungkinan menghidap masaalah makan atau eating disorder.

Pengarah Program Masalah Pemakanan Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Lee Huei Yen, dalam e-melnya menganggarkan seorang atau dua lelaki daripada setiap 10 wanita atau 10 peratus daripada mereka menghidap masalah makan adalah lelaki.


'Ya kami melihat semakin ramai lelaki yang mengalami masalah makan. Tapi ini mungkin kerana hari ini terdapat kesedaran yang meningkat tentang masalah makan di sekolah dan di kalangan ibu bapa. Juga terdapat kesedaran masalah ini bukan setakat menjejas kaum Hawa, malah Adam juga.


'Buat sekian lama, kaum Adam tidak berani tampil mendapatkan rawatan kerana mereka berasa malu kerana menyangka ia masalah wanita. Masalah ini tidak mendiskriminasikan jantina atau usia seseorang itu,' katanya.

Beliau yang juga Konsultan Jabatan Psikiatri SGH menganggarkan pihaknya menerima sekitar 120 kes baru setiap hari berkaitan masalah makan.

Pendaftar Jabatan Psikiatri SGH, Dr Tan Shian Ming, pula berkata profil para pesakit lelaki dengan masalah makan melaporkan senaman berlebihan sebagai salah satu kaedah utama mengawal berat badan.

'Tambahan pula, kebanyakan mereka lebih kerap mengalami masalah psikiatrik seperti kemurungan dan penyalahgunaan bahan. Trend ini serupa seperti yang dilihat di kalangan lelaki Barat yang mengalami masalah makan,' katanya lagi.

Tapi apakah yang menjadi penyebab masalah itu di kalangan lelaki?

Dr Lee menjawab: 'Berdasarkan pesakit yang kami temui di pusat kami, sebab-sebabnya serupa - tidak kira apa jua jantina mereka. Sebab-sebabnya termasuk imej tubuh, kurang keyakinan diri, masalah perhubungan dan keluarga.'

Mengenai rawatan yang ditawarkan untuk mengatasi masalah itu, Dr Lee berkata tiada satu prosedur yang digunakan memandangkan setiap pesakit berbeza dan setiap seorang memerlukan rawatan tersendiri.

Namun pihaknya masih tetap mengambil pendekatan berbilang untuk merawat masalah makan.
Muhammad Ttuyup , Jumaat, Oktober 14, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog