Kasut dipasang GPS untuk penghidap Alzheimer.
NEW YORK 24 Okt. - Sepasang kasut yang dipasang peralatan sistem penentu kedudukan global (GPS) bagi membantu warga emas yang mengalami penyakit demensia dan tidak tahu jalan pulang, akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) bulan ini.Pembuat kasut itu, GTX Corp. berkata, sebanyak 3,000 pasang kasut akan diedarkan ke firma Aetrex Worldwide, dua tahun selepas rancangan pembangunannya diumumkan.
Kasut itu akan dijual pada harga AS$300 (RM900) sepasang dan pembeli akan boleh menetapkan satu perkhidmatan memantau bagi mengesan warga emas.
Seorang profesor Kolej Kesihatan dan Perkhimatan Manusia, Universiti Mason George, Andrew Carle yang merupakan penasihat projek itu berkata, kasut tersebut akan mampu menyelamatkan nyawa dan mengelak kejadian memalukan dan kos tinggi melibatkan warga emas.
''Ia sangat penting untuk mereka yang menghidap Alzheimer pada tahap awal kerana mereka merupakan golongan paling berisiko,'' ujarnya.
Carle berkata, kajian menunjukkan lebih lima juta rakyat AS menghidap Alzheimer dan jumlah itu dijangka meningkat empat kali ganda dalam tahun-tahun akan datang.
Beliau berkata, sebanyak 60 peratus penghidap akan merayau-rayau dan kemudian tidak tahu jalan pulang dan separuh daripada jumlah itu jika tidak ditemui akan mati dalam tempoh 24 jam akibat penyahhidratan, kepanasan atau kecederaan.
Beberapa peralatan lain seperti gelang dan rantai menyediakan perlindungan sama tetapi kebanyakan warga emas tidak mahu memakainya.
''Ini kerana mereka yang menghidap Alzheimer tidak suka memakai benda yang tidak mereka kenali. Jika jam tangan itu bukan milik mereka , mereka akan membuangnya,'' ujar Carle.
Sistem GPS yang boleh dipasang di tumit kasut itu akan membolehkan ahli keluarga memantau pemakainya dan akan mengeluarkan amaran jika mereka keluar dari jarak yang ditetapkan. - AFP
Rabu, Oktober 26, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Mohd. Adam B. Firdaus

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kasut dipasang GPS untuk pesakit demensia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "