
Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari lalu.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata masalah itu kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia berkenaan ke arah pemikiran secara liberal.
Justeru, kerajaan perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul bagi menjamin masa depan negara.
'Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini boleh berlaku.
'Pelbagai program kesedaran melibatkan belia perlu diperbanyak demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 di sini kelmarin.
Konvensyen tersebut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai isu semasa permasalahan keluarga dan rahsia kejayaan sesebuah keluarga.
Ia dimuatkan dengan dua sesi pembentangan kertas kerja, selain daripada forum bersama peserta.
Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
'Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan pada perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan,' katanya. - Utusan Malaysia.
Rabu, Oktober 26, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Mohd. Adam B. Firdaus

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jutaan belia hadapi kecelaruan identiti dek Facebook dan Twitter silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "