2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 6:15 AM

28Jumaat,Oktober

Biografi Steve Jobs dedah banyak isu

NEW YORK 25 Okt. - Buku biografi pengasas bersama Apple Inc., Steve Jobs yang mula dipasarkan semalam, memaparkan kisah paling komprehensif dan mendalam mengenai kehidupan pakar teknologi itu.

Buku yang ditulis oleh Walter Isaacson itu turut menceritakan hubungan Job dengan Apple yang ada kalanya tegang, hubungannya yang sukar dengan Lembah Silicon, rakan kongsi dan pesaing serta bagaimana beliau menguruskan perniagaannya.

Detik-detik ketika beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple pada 24 Ogos lalu turut didedahkan.

Disebabkan kesihatan yang semakin merosot, Jobs telah berbincang bersama isterinya; anggota lembaga pengarah, Bill Campbell; Ketua Pereka Jonathan Ive dan peguam George Riley berhubung peletakan jawatannya sebagai CEO selama beberapa minggu sebelum itu.

Selepas beliau membuat keputusan, pelan untuk membawa beliau ke bangunan Apple di 1 Infinite Loop dan ke bilik lembaga pengarah secara rahsia dibuat. Jobs yang dibawa menggunakan kerusi roda.

"Satu perkara yang saya mahu lakukan untuk Apple ialah menjadi contoh bagaimana untuk menyerahkan kuasa secara betul," kata Jobs kepada Isaacson.

Buku ini turut mendedahkan kemarahan Jobs ekoran kemasukan Google dalam pasaran telefon pintar, terutamanya kepada bekas anggota lembaga pengarah Apple, Eric Schmidt.

Beliau berasa dikhianati kerana pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin sebelum ini menganggapnya sebagai mentor dan pada 2008, Jobs bertengkar dengan kedua-dua individu itu, termasuk ketua Android, Andy Rubin di ibu pejabat Google.

Beliau menawarkan Google satu atau dua ikon di laman web iPhone tetapi pada Januari 2010, HTC mengeluarkan telefon dengan skrin sentuh dan beberapa perisian menyerupai iPhone, sekali gus mendorong Jobs memfailkan saman.

"Mereka sangat takut kerana mereka tahu mereka bersalah. Di luar Search iaitu produk Google... Android, Google Docs -- adalah tidak bermakna!''.

Schmidt menemui beliau untuk menyelesaikan perselisihan itu, tetapi Jobs masih marah dan tiada penyelesaian diperolehi.

Punca sebenar kemarahan beliau adalah ke atas pendekatan sumber terbuka Android yang bertentangan dengan pegangan beliau yang mahukan sistem tertutup.

"Kami melakukan sesuatu benda bukan kerana kami menguasai segala-galanya.

"Pengguna sibuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi mereka dan mereka mahu kami membuat yang terbaik. Kehidupan mereka padat dan banyak perkara yang perlu mereka fikirkan selain mengintegrasikan komputer dan peralatan.

"Lihat sahaja hasilnya, Android tidak teratur. Kami lakukannya bukan sebab wang, tetapi kerana mahu mencipta produk yang hebat, bukan merepek seperti Android," kata Jobs dalam buku itu. - REUTERS

Mohd. Adam B. Firdaus , Jumaat, Oktober 28, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog