2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:22 PM

25Selasa,Oktober

Berakhir Muammar & Dunia baru


GAMBAR video amatur yang dikirim ke laman web menunjukkan Gaddafi menyapu darah di mukanya. Beliau dipercayai ditembak di kepala oleh seorang pengawal peribadinya sendiri.



Tawar wang elak dibunuh



MISRATA : Muammar Gaddafi merayu supaya dia tidak dibunuh dengan menawarkan emas serta wang kepada mereka yang menangkapnya.
Anggota pemberontak, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu akhbar Itali, Corriere Della Sera : "Gaddafi berkata, beliau rela menawarkan apa saja sebagai pertukaran dengan nyawanya. Beliau berkata, beliau mempunyai emas dan wang untuk kami." Sementara itu, terdapat pertikaian mengenai cara bagaimana Gaddafi patut dikebumikan.
Mayat bekas pemimpin berusia 69 tahun itu masih dikawal di setor daging beku di Misrata.

Seorang pemimpin NTC menyarankan mayatnya dibuang di padang pasir supaya dimakan oleh musang. "Beliau tidak layak dikebumikan dengan sempurna," katanya.
Kebanyakan tentera NTC menolak cadangan supaya beliau dikebumi mengikut syariat Islam.
Walaupun mengikut ajaran Islam pengebumian mayat perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam tetapi kerajaan baru Libya berhasrat untuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan identiti Gaddafi. Keluarganya yang kini hidup dalam buangan menggesa NTC menyerahkan mayat pemimpin itu kepada suku kaum mereka di Sirte, tempat beliau dibunuh bagi membolehkan upacara pengebumian dilakukan.

Jurucakap NTC malam tadi berkata, mayat Gaddafi mungkin diserahkan kepada anggota keluarganya.

Ulama Libya yang disegani, Sheikh Sadiq al-Geryani dibenarkan untuk memandi dan menyembahyangkan jenazah Gaddafi. Kemungkinan beliau akan dikebumikan di satu tempat yang tidak dinamakan berhampiran Sirte.
Sementara itu, tentera NTC yang terbabit dengan pembunuhan Gaddafi berkata: "Kami bergilir-gilir menampar mukanya dengan kuat. Sesetengah daripada kami memukulnya dengan kasut, satu penghinaan tradsional masyarakat Arab.
Satu sumber NTC berkata: "Kami tahu siapa yang membunuh Gaddafi. Dia rakyat Libya di bawah umur. Dia tidak boleh didakwa. Dia adalah wira dan identitinya tidak akan didedahkan. 


"Ia sebagai langkah berdamai, cara untuk meredakan penyokong Gaddafi supaya mereka tidak menentang kami lagi. Pada masa sama, kami perlu melakukan perkara yang betul di mata masyarakat antarabangsa," katanya. - Agensi
+


Tembakan di kepala punca maut

Gaddafi mati selepas ditembak satu das, mayat diserah kepada saudara jauh

TRIPOLI : Ketua jabatan forensik Libya, Dr Othman al-Zintani, berkata bedah siasat yang dijalankan, mengesahkan bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi mati berikutan satu tembakan di kepalanya.


Dr Othman al-Zintani berkata, sekumpulan doktor menjalankan pemeriksaan semalam tetapi beliau tidak mendedahkan maklumat lanjut sehingga satu laporan dihantar kepada peguam negara.


Imej Gaddafi yang berlumuran darah dilayan secara hina dan dipukul oleh orang yang menangkapnya di bandar kelahiran beliau di Sirte menimbulkan persoalan mengenai sama ada bekas pemimpin itu sengaja ditembak mati atau terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan seperti yang dikatakan kerajaan atau dibunuh.

Masyarakat antarabangsa yang prihatin dengan kejadian itu meminta kerajaan peralihan mengisytiharkan pembebasan pada Ahad, beberapa bulan selepas pertumpahan darah berikutan pemberontakan menyingkirkan pemimpin yang dibenci dan sudah berkuasa selama hampir 42 tahun.

Sementara itu, seorang penasihat kanan kerajaan Libya berkata pihaknya akan menyerahkan mayat Gaddafi kepada saudara maranya, selepas berunding dengan mereka mengenai lokasi pengebumian.

"Keputusan dibuat untuk menyerahkan mayat beliau kepada keluarga jauh, kerana tiada keluarga terdekat yang hadir menuntut setakat ini," katanya Ahmad Jibril kepada AFP.

"Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berunding dengan keluarganya. Ia terpulang kepada keluarga untuk menentukan di mana Gaddafi akan dikebumikan selepas berunding dengan NTC," katanya.

Jibril yang juga penasihat kepada perdana menteri sementara rejim baru, Mahmud Jibril, enggan mengulas bila penyerahan itu akan dilakukan.

Sejak terbunuh ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya Sirte Khamis lalu, mayat Gaddafi diletakkan di sebuah bilik dingin beku di luar Misrata, menarik sekumpulan orang ramai yang mahu melihat pemimpin yang memerintah Libya selama beberapa dekad itu.

NTC mengambil sikap berdiam diri mengenai rancangan pengebumian kerana tidak mahu melihat kubur Gaddafi menjadi pusat perhimpunan penyokong setia beliau dan pemimpin NTC manakala pegawai tentera berkata pengebumian mungkin di satu lokasi rahsia.

Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai bagaimana Gaddafi menemui ajalnya Khamis lalu selepas pejuang NTC membawa beliau keluar dari tempat persembunyiannya berikutan satu serangan udara NATO terhadap konvoi pemimpin itu yang cuba meninggalkan bandar kelahirannya itu. – - AFP
+
Reputasi pemimpin baru tercalar
LONDON : Setiausaha Pertahan Britain yang baru, Philip Hammond semalam berkata, reputasi pemimpin baru Libya 'tercalar' berikutan pembunuhan pemimpin diktator yang digulingkan, Muammar Gaddafi.
Hammond berkata beliau mahukan siasatan dibuat terhadap kematian Gaddafi, yang ditangkap masih hidup selepas kejatuhan bandar kelahiran beliau, Sirte Khamis lalu.

"Ia pastinya bukan cara yang patut kita lakukan dan kita juga tidak suka ia terjadi seperti itu. Kita mahu melihat Kolonel Gaddafi menjalani perbicaraan paling baik di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).


"Kita mahu beliau menjawab apa yang dilakukannya bukan saja di Libya tetapi pastinya kebanyakan perbuatan jenayah yang beliau sokong dan lakukan di luar Libya, di mana kita di Britain menjadi juga menjadi mangsa," katanya kepada stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Beliau berkata, kerajaan Libya sekarang akan faham bahawa reputasi mereka di mata masyarakat antarabangsa tercalar dengan kejadian yang berlaku.
Hammond menyambut baik pengumuman pilihan raya bebas pertama Libya dalam tempoh 42 tahun dan berkata, sebuah kerajaan baru akan mengambil kira semua bahagian di negara Afrika utara itu.
"Kami campur tangan dalam cara yang kami lakukan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi penduduk awam Libya ketika mereka membebaskan diri daripada Gaddafi.


"Mereka kini perlu bekerja keras untuk membawa Libya menuju masa depan, apa masa depan mereka. Pengumuman pilihan raya dalam tempoh lapan bulan adalah satu langkah yang terbaik."
"Ia membolehkan penduduk Libya sekarang memikirkan bagaimana, membentuk keadaan yang dapat memberi kestabilan dan kemakmuran negara pada masa depan," katanya. – AFP
+


NTC isytihar pembebasan Libya


Seorang pejuang NTC mengacu pistol ke arah Gaddafi semasa bekas pemimpin Libya itu ditahan di bandar Sirte pada 20 Oktober lalu. - REUTERS



BENGHAZI 23 Okt.: Pemimpin baru Libya hari ini mengisytiharkan pembebasan negara ini berikutan pembunuhan Muammar Gaddafi, sekali gus membuka laluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim disusuli dengan pilihan raya bebas yang pertama dalam tempoh 42 tahun.


Namun, perisytiharan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu dibayangi kontroversi berlarutan berhubung pembunuhan Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup dalam satu serangan di bandar kelahirannya, Sirte pada Khamis lalu.


Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, perisytiharan itu dibuat di Benghazi, bandar di timur Libya yang merupakan pusat pemberontakan bermula pada Februari lalu.


NTC, sebelum ini berjanji untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini apabila Sirte, benteng sokongan terakhir Gaddafi, jatuh ke tangan pejuang NTC.


Mengikut pelan NTC, sebuah kerajaan interim akan dibentuk dalam masa sebulan selepas perisytiharan pembebasan, disusuli dalam tempoh lapan bulan dengan pilihan raya untuk memilih anggota sebuah Dewan Perhimpunan yang akan menggubal Perlembagaan baru.
Pilihan raya Parlimen dan Presiden akan diadakan dalam tempoh setahun.


Sementara itu, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil berkata, siasatan akan dijalankan mengenai situasi pembunuhan Gaddafi selepas beberapa kerajaan asing dan pertubuhan hak asasi manusia menyuarakan persoalan.


"Kami sedang menangani perkara ini secara telus," kata Abdel Jalil kepada televisyen Al-Jazeera. - AFP


+


Saif ditangkap di Bani Walid


BANI WALID : Anak lelaki sulong Gaddafi, Saif al-Islam sudah ditangkap hidup-hidup dan tidak cedera, dakwa pegawai kerajaan sementara Libya, semalam.


Terdapat pelbagai laporan mengenai keadaan Saif ekoran kematian bapanya. Beberapa laporan mengatakan dia ditembak, sementara yang lain mendakwa dia kehilangan kedua-dua belah tangannya.


Bagaimanapun, jurucakap NTC memberitahu NBC malam tadi, Saif dan bekas jurucakap regim Gaddafi, Moussa Ibrahim ditangkap di Nessma, dekat Bani Walid.


Jurucakap itu berkata, briged Osoud el Wadi yang bermaksud 'Singa dari Lembah' bertanggungjawab ke atas penangkapan itu.

Namun, dakwaan itu tidak dapat disahkan. - A
gensi


+


PM kesal bekas pemimpin dibunuh


LONDON : Perdana Menteri Libya, Mahmoud Jibril kesal dengan pembunuhan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.


Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Mahmoud berkata, dia lebih suka jika Gaddafi ditangkap hidup kerana ia akan membolehkan bekas pemimpin Libya itu dibicarakan ke atas jenayah yang dilakukannya selama 42 tahun memerintah.


Mayat Gaddafi diletakkan untuk tatapan umum di Libya, kelmarin dengan kecederaan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pemberontak yang menangkapnya dari saluran pembetung air di Sirte.


"Secara peribadi dengan jujurnya saya katakan saya lebih suka jika Gaddafi masih hidup. Saya mahu tahu mengapa beliau lakukan jenayah terhadap rakyat Libya," katanya dalam wawancara yang disiarkan BBC, semalam.

"Saya berharap untuk menjadi pendakwa raya dalam perbicaraannya kerana ia menjadi pertanyaan dalam fikiran setiap orang. Mengapa? Adakah rakyat Libya berhak ditindas dan dibunuh selama 42 tahun?" katanya. - A
FP


+


Jenazah Gaddafi masih dipamer dengan bekas kecederaan disembunyikan

MISRATA : Tentera Libya yang mengawal jenazah Muammar Gaddafi dalam sebuah bilik penyejuk beku komesial sebuah gedung beli-belah setempat terus membenarkan orang awam menziarahi jenazah bekas pemimpin negara yang digulingkan itu, kelmarin.



Bagaimanapun, kali ini bekas kecederaan yang dialami oleh diktator Libya itu, yang boleh menjadi bukti berhubung bagaimana beliau maut, telah disembunyikan.

Jenazah Gaddafi masih terletak di atas sebuah tilam di lantai bilik sejuk itu, sama seperti Jumaat lalu apabila ratusan orang awam beratur untuk melihat sendiri bahawa lelaki yang pernah memerintah Libya selama 42 tahun itu sudah meninggal dunia.

Namun, tidak seperti hari sebelumnya, jenazah Gaddafi kelmarin ditutup dengan sehelai selimut, dengan hanya membiarkan bahagian kepalanya didedahkan - menyembunyikan kesan luka pada bahagian badannya dan kesan calar pada dadanya, yang sebelum ini kelihatan begitu ketara.

Seorang wartawan agensi berita Reuters, yang turut menziarahi jenazah Gaddafi, berkata kepala bekas diktator Libya itu telah dimiringkan ke kiri.

Ini bermakna kesan lubang peluru yang sebelum ini dapat dilihat menembusi bahagian kiri muka beliau, dekat bahagian depan telinganya, sudah tidak dapat dilihat umum.

Namun, satu bedah siasat yang dijalankan oleh para doktor Libya mengesahkan bahawa diktator Libya itu mati akibat tembakan pada kepalanya, menurut ketua ahli patologi negara itu, lewat semalam, selang beberapa jam sebelum para pemimpin baru Libya mengisytiharkan negara itu bebas dan menamatkan perang saudara yang berjalan sejak lapan bulan lalu untuk menggulingkan rejim Gaddafi selama lebih empat dekad.

Bagaimanapun, keprihatinan antarabangsa berhubung suasana kematian Gaddafi dan ketidaktentuan keputusan bagi pengebumiannya telah dibayangi oleh kegembiraan hari bersejarah itu.

Gaddafi, 69 tahun, ditangkap dalam keadaan cedera tetapi masih hidup pada Khamis lalu di Sirte.

Namun, imej-imej beliau dipukul dengan ganas oleh para penentangnya menimbulkan tanda tanya terhadap dakwaan sesetengah pegawai bahawa beliau terbunuh dalam satu insiden tembak menembak. - Reuters, AP.


+


Pemuda 17 tahun didakwa tembak Muammar Gaddafi

TRIPOLI – : Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang anti-pemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.


Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.


Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.


"Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur," kata satu sumber.


"Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.


"Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang," tambah sumber tersebut.


Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.


"Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah," kata sumber tersebut.


Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun. – - Agensi


+

Doktor sahkan Gaddafi mati akibat ditembak

MISRATA – : Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan ditembak, kata seorang doktor yang terlibat dalam bedah siasat ke atas bekas pemimpin Libya itu.


"Dia (Gaddafi) mati kerana satu kecederaan tembakan. Itu adalah jelas," kata doktor berkenaan tanpa memberikan butiran lanjut sama ada tembakan berkenaan adalah dari bahagian kiri kepala Gaddafi.


Bedah siasat itu dilakukan di sebuah rumah mayat di bandar Misrata, 200 kilometer ke timur Tripoli.


Beberapa penduduk berkata, mayat Gaddafi akan dibawa kembali ke sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata.


Sementara itu, Perdana Menteri Libya, Mahmoud Jibril menyatakan, laporan koroner menyebut Gaddafi sudah cedera semasa pemimpin tersebut berada dalam saluran pembentungan.


Menurutnya, kepala Gaddafi mungkin ditembak oleh salah seorang pengawal keselamatannya sendiri. – - Agensi


+

Mayat Gaddafi akan diserah kepada saudaranya




MAYAT Muammar Gaddafi dipamerkan di sebuah bilik sejuk di Misrata semalam. - Reuters



 

TRIPOLI –: Kerajaan sementara Libya akan menyerahkan mayat Muammar Gaddafi kepada saudara-maranya selepas berunding dengan mereka, kata seorang penasihat pemerintah semalam.


"Keputusan telah dibuat untuk menyerahkan mayatnya kepada keluarganya yang besar kerana tiada keluarganya yaang rapat hadir buat masa ini," kata penasihat itu, Ahmed Jibril.


"Terpulang kepada keluarganya untuk memutuskan di mana Gaddafi akan dikebumikan," tambahnya.


Sementara itu, Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil menafikan bahawa mayat Gaddafi telah dirosakkan.


"Secara peribadinya, saya memilih untuk gaddafi terus hidup selepas penangkapannya bagi meletakkan dia di dalam perbicaraan," katanya. – Agensi


+

Jenazah Gaddafi terus diaib




Sebahagian penduduk Libya mengerumuni jenazah Gaddafi di Misrata, kelmarin. – - REUTERs



 

MISRATA 22 Okt. –: Jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini umpama 'bahan pameran' apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata.


Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika pihak berkuasa Libya terus berbalah mengenai apa yang perlu 'dilakukan' terhadap jenazah Gaddafi.


Pelbagai pihak menuntut jenazah Gaddafi termasuk tentera dari Misrata yang mendakwa ia adalah miliknya, sekali gus menangguhkan pengkebumian Gaddafi semalam.


Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu.


Pada awalnya, pihak berkuasa merahsiakan lokasi jenazah Gaddafi ditempatkan namun selepas maklumat itu tersebar, orang ramai bertindak menyerbu pusat membeli-belah berkenaan.


Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi.


Kesan tembakan di dada, abdomen dan bahagian kiri kepalanya masih jelas kelihatan.


Sementara itu, dalam video terbaru yang muncul berkaitan Gaddafi, ia memaparkan imej bekas pemimpin Libya itu telah diseksa dan dipukul oleh tentera kerajaan ketika mereka mengheretnya keluar dari lokasi persembunyian.


Bagaimanapun, pembunuhan Gaddafi kelmarin masih diselubungi kekeliruan apabila banyak persoalan yang timbul berkaitan kematiannya.


Seorang lelaki, Sanad al-Sadek al-Ureibi muncul mendakwa menjadi individu yang menangkap serta menembak Gaddafi. Dakwaan itu bercanggah dengan laporan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebelum ini.


Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan Gaddafi mungkin ditembak mati selepas ditangkap hidup-hidup. – -  Agensi


+

Wasiat bekas pemimpin Libya tiga hari sebelum mati

KAHERAH :– Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah meminta supaya dia dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.


Laman web pro-Gaddafi, Seven Days News melaporkan semalam bahawa permintaan itu dibuat tiga hari sebelum bekas pemimpin tersebut mati.


Berdasarkan satu nota yang dipercayai ditulis sendiri oleh Gaddafi, laman tersebut menyatakan, dia meminta dikebumikan dekat dengan saudara-maranya.


Bekas pemimpin itu juga meminta, keluarganya termasuk wanita dan anak-anaknya diberi layanan yang baik. – - Dpa
Unknown , Selasa, Oktober 25, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog