Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 6:39 PM

19Rabu,Oktober

Bencana akibat perlanggaran Rena di New Zealand :- 32foTo


Lebih banyak tumpahan minyak
Amaran NZ susuli cuaca buruk halang usaha pam minyak dari kapal tersadai di terumbu karang

TAURANGA (New Zealand) : New Zealand memberi amaran bahawa lebih banyak minyak dijangka tumpah daripada kapal kontena, Rena, yang kini tersadai di sebuah terumbu karang.

Ini kerana cuaca buruk menghalang usaha mengepam keluar minyak daripada tangki kapal itu.

Kakitangan penyelamat telah mengepam keluar 20 tan minyak semalaman daripada kapal itu tetapi masih terdapat sekitar 1,300 tan minyak di dalamnya.

Menurut pihak berkuasa, kerja-kerja mengepam minyak keluar daripada kapal itu adalah usaha yang perlu dilakukan secara teliti serta berhati-hati dan ia amat berbahaya.

Pihak Maritim New Zealand (MNZ) berkata masyarakat di kawasan pesisiran pantai di Bay of Plenty harus bersedia kerana 300 tan minyak yang bocor daripada tangki kapal itu dijangka melanda kawasan pantai mereka.

Sedang sekumpulan sukarelawan terus membersihkan minyak hitam di pantai-pantai terjejas di teluk North Island, yang dipenuhi hidupan liar, syarikat yang menyewa kapal itu tidak mahu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menyebabkan pencemaran laut paling dahsyat di New Zealand.

Namun, Mediterranean Shipping Company (MSC), syarikat perkapalan kontena kedua terbesar di dunia, itu menyatakan bahawa ia sanggup menanggung sebahagian kos pembersihan, yang dianggarkan sudah mencecah NZ$4 juta ($4 juta) sejauh ini.

'Kami tidak bertanggungjawab dalam keadaan ini tetapi kami sedia menghulurkan bantuan seberapa yang boleh,' kata pengarah urusan MSC Australasian, Kevin Clarje, kepada pemberita setelah bertemu Menteri Sekitaran New Zealand, Steve Joyce.

Namun, Joyce berpendapat MSC mempunyai kewajipan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk memberi sumbangan kerana kapal itu di bawah kontrak dengan MSC ketika ia melanggar batu karang.

Dengan operasi menyelamat bergerak perlahan kerana kedudukan kapal yang senget dan cuaca buruk, Joyce memberi amaran bahawa lebih banyak tumpahan minyak dijangka berlaku dan masih banyak yang perlu dilakukan.

Bahagian depan kapal Rena itu tersadai di terumbu karang Astrolabe, kira-kira 22 kilometer dari darat, sementara bahagian belakang kapal terapung di laut.

Tumpahan minyak daripada kapal itu telah mengorbankan sekitar 1,300 burung dan mencemari pantai yang dahulunya bersih, sehingga ia mendorong 5,500 relawan tampil membersihkan kawasan tersebut. - AFP.




Unknown , Rabu, Oktober 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog