2+4 hrs...Twogether Fourever

/

AS, China berperang

BEIJING : Dua kuasa besar dunia bakal terjebak ke dalam perang perdagangan apabila China menentang rang undang-undang baru Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan cukai kepada negara yang merendahkan nilai mata wang, tindakan dilihat sengaja dilakukan bagi menggangu perkembangan ekonomi China.

Kementerian Luar China, semalam, memberi amaran kepada AS supaya tidak mempolitikkan isu mata wang selepas Senat AS membentangkan rang undang-undang itu, kelmarin.

"AS menggunakan mata wang sebagai alasan. Mereka sebenarnya cuba melindungi syarikat negara tersebut, iaitu sesuatu yang mencabuli peraturan perdagangan antarabangsa. Tindakan ini akan menjejaskan hubungan perdagangan serta ekonomi AS-China," menurut kementerian itu.

Kelmarin, Senat AS bersetuju memulakan debat mengenai Akta Perubahan Semakan Nilai Tukaran Mata Wang 2011 yang akan membolehkan AS mengenakan cukai ke atas produk dari negara luar yang didapati merendahkan mata wang bagi menggalakkan eksport.

Beijing kerap menafikan dakwaan AS bahawa nilai mata wang renminbi yang rendah menjejaskan ekonomi AS, dan bank pusat China turut menegaskan pembentangan rang undang-undang tersebut tidak akan menyelesaikan punca sebenar masalah ekonomi AS seperti hutang tinggi dan pengangguran.

"Akta itu akan memberi kesan serius kepada usaha China untuk mengubah nilai tukaran wang yuan dan mungkin akan mencetuskan perang perdagangan," menurut bank pusat China, semalam.     
Unknown , Khamis, Oktober 06, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog