Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:16 PM

19Rabu,Oktober

Ahli KWSP Dengan Simpanan Sekurang-kurangnya RM3,000 Diminta Namakan Waris


KUALA LUMPUR, 17 Okt - Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.

KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat.

Menurutnya penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut Hukum Faraid.

Nik Affendi berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia.

"Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak," katanya.

Sementara itu, KWSP juga telah melancarkan kempen pengiklanan penamaan sekali lagi mulai hari ini hingga 5 Nov ini untuk menggalakkan lebih ramai ahli menamakan waris kepada simpanan mereka.

Di samping kempen pengiklanan menerusi radio dan media cetak, promosi juga akan dijalankan di kaunter perkhidmatan, melalui Pusat Panggilan serta laman Facebook rasmi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz).

Nik Affendi berkata pada suku kedua tahun ini, 4.71 juta ahli telah menamakan waris mereka berbanding 4.58 juta ahli pada suku pertama tahun ini. - Bernama
Unknown , Rabu, Oktober 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog