PARIS : Seorang Wanita Perancis yang memakai niqab walaupun berdepan dengan pengharaman oleh kerajaan, menyatakan kesediaan bertanding untuk pilihan raya presiden tahun depan bagi mempertahankan hak semua wanita negara itu.
Kenza Drider adalah antara anggota kumpulan wanita yang melancarkan kecaman terhadap undang-udang yang melarang wanita Muslim daripada menutup muka di jalan negara itu sejak April lalu.
Mereka mahu membuktikan tindakan berkenaan bertentangan dengan hak asasi. Bagaimanapun, penggubal undang-undang termasuk Presiden Nicolas Sarkozy, menyifatkan penutupan muka dan tudung umpama 'memenjarakan' wanita.
Drider memberitahu, dia bercadang mengumumkan pencalonannya di Meaux, bandar timur Paris yang ditadbir penggubal undang-undang konservatif sekutu Sarkozy, Jean- Francois Cope yang turut menyokong langkah menguatkuasa larangan menutup muka.
Dua lagi wanita yang memakai penutup muka dan ditahan turut berdepan dengan perbicaraan di Meaux, semalam. Ketika ditahan, mereka dalam perjalanan untuk menghantar kek hari jadi ke Cope.
Seorang daripada mereka dikenakan denda 120 euro (RM540) manakala seorang lagi didenda 80 euro (RM360). Undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka menetapkan denda tidak lebih 150 euro (RM675) selain menghadiri kelas kewarganegaraan terhadap pesalah.
Dua wanita itu dilaporkan sedia didapati bersalah bagi membolehkan mereka membawa kes itu ke mahkamah tertinggi Perancis dan Majlis Hak Asasi Manusia Eropah.
Ketika Islam adalah agama kedua di Perancis, ada pihak tertentu beranggapan wanita berpakaian seperti itu menjejaskan identiti sekular negara berkenaan selain menggugat persamaan taraf antara jantina serta maruah wanita.
Ada juga yang bimbang pakaian menutup muka sepenuhnya membangkitkan unsur radikal dalam Islam. Pemakaian tudung dalam kelas sudah diharamkan pada 2004.
Julai lalu, Belgium meluluskan undang-undang mengharamkan pakaian menutup muka manakala Perancis pada Jumaat lalu merangka rang undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka. - AP
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, September 24, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Wanita purdah Perancis mahu jadi Presiden silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "