ANGGOTA tentera rejim Zionis menangkap pemuda Palestin semasa pertempuran di pusat pemeriksaan Qalandiya, Palestin, kelmarin tatkala Barack Obama mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas berhubung permohonan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara di PBB.
Penjajahan Zionis punca sengketa
PBB : Pegawai kanan Palestin semalam menegaskan satu-satunya cara untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat ialah menamatkan penjajahan Israel terhadap Palestin.
Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, tidak ada jalan singkat untuk mewujudkan keamanan itu.
Pegawai Palestin juga menuduh Obama bersikap bermuka-muka dalam memuji kebangkitan demokrasi Arab apabila dia menggesa rakyat Palestin kembali ke meja rundingan.
"Ada perbezaan luas antara memuji perjuangan rakyat Arab untuk mendapatkan kebebasan dan menggesa kami berunding dengan Israel tanpa sebarang asas yang jelas," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo.
"Kami masih menanti untuk mendengar kenyataan bahawa pembebasan rakyat Palestin adalah prinsip utama kepada 'Kebangkitan Arab' dan kebebasan, yang mesti termasuk rakyat Palestin," katanya.
Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Obama berkata, tidak ada jalan pintas ke arah keamanan di Asia Barat ketika usaha diplomatik rancak dilaksanakan bagi menghadapi usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai anggota penuh PBB.
"Satu-satunya cara ke arah keamanan ialah mengakhiri penjajahan Israel dan mewujudan sebuah negara Palestin," kata Nabil Abu Rudeina, jurucakap Presiden Palestin, sejurus selepas Obama berucap.
"Kami akan bersetuju untuk kembali ke meja rundingan sebaik Israel bersetuju menamatkan pembinaan penempatan Yahudi dan kembali ke sempadan 1967," katanya.
Sebaik berucap, Obama terus berunding dengan Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu. Dia dijadual berunding dengan Mahmoud kemudian. - AFP
+
AS mahu guna kuasa veto
NEW YORK 22 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas bahawa AS akan menggunakan kuasa veto untuk menyekat usaha Palestin mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara berdaulat.
Malah, Obama menyatakan kepada Abbas bahawa usaha Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu tidak akan mewujudkan sebuah negara Palestin.
Kenyataan itu dibuat ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Perhimpunan Agung PBB di New York, semalam, tujuh jam selepas Obama menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Dalam pertemuan dengan Netanyahu, Obama menyatakan sokongan padu kepada Israel, malah ketua rejim Zionis itu dipetik sebagai berkata, pemimpin AS itu layak menerima 'pingat kehormatan' kerana mempertahankan negara Yahudi.
Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata, Abbas dan Obama telah menyuarakan pendirian masih-masing tanpa memperolehi sebarang keputusan yang jelas.
Menurutnya, Abbas tetap bertegas akan meneruskan usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan PBB sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Sebelum itu, Obama memberitahu Perhimpunan Agung PBB bahawa 'tiada jalan mudah' untuk memperolehi keamanan di Asia Barat, walaupun Palestin bertegas untuk meneruskan usaha mereka mendapatkan pengiktirafan badan dunia itu.
Beliau berkata, mewujudkan sebuah negara Palestin tanpa mengenepikan Israel, masih menjadi matlamatnya.
"Namun persoalannya kini bukanlah matlamat itu yang kita mahu, tetapi bagaimana kita mencapainya.
"Saya yakin tidak ada jalan mudah untuk menamatkan konflik yang telah berlarutan selama berdekad ini
"Keamanan tidak akan datang melalui kenyataan dan resolusi PBB, Israel dan Palestin akhirnya yang perlu memeterai perjanjian berhubung pertikaian sempadan, keselamatan, pelarian, dan Baitulmaqdis, bukan kita," katanya beliau kepada Perhimpunan Agung PBB di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menggesa PBB memberi Palestin status pemerhati seperti Vatican, sementara menggaris rangka pelan damai dalam tempoh setahun ekoran bimbang tercetusnya bencana diplomatik akibat daripada kegagalan usaha Palestin itu. - REUTERS
+
Sarkozy tentang keanggotan penuh Palestin dalam PBB
PBB : Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam menentang usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau sebaliknya menggesa Palestin menjadi negara bukan anggota, meningkatkan statusnya daripada pemerhati dalam badan dunia itu.
Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, pemimpin Perancis itu juga menggesa diberikan tempoh setahun untuk membolehkan perjanjian muktamad dicapai antara Israel dengan Palestin.
Beliau turut berkata, usaha damai yang diketuai Amerika Syarikat tidak boleh mengenepikan negara Eropah, Arab atau negara lain.
Dalam usahanya untuk mengelak pertikaman lidah, Sarkozy mencari jalan tengah antara rancangan Palestin untuk meminta Majlis Keselamatan membenarkan negara itu menjadi anggota penuh dengan hasrat Amerika menyekat usaha itu dengan kuasa vetonya, yang disifatkannya sebagai bahaya.
"Kita semua tahu Palestin tidak boleh serta-merta mendapat keanggotaan penuh.
"Tetapi pengunaan kuasa veto di Majlis Keselamatan akan meningkatkan lagi keganasan di Asia Barat," kata pemimpin Perancis itu.
"Mengapa kita tidak menawarkan Palestin status negara bukan anggota daripada negara pemerhati. Ini adalah langkah penting ke hadapan," kata Sakozy.
Status seumpama itu juga akan membolehkan Palestin menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mungkin Mahkamah Jenayah Antarabangsa. - AP
+
Rakyat Palestin bantah ucapan, kecam Obama
RAMALLAH, Wilayah Palestin - Penduduk Palestin yang berang dengan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama keluar untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan raya di sini dan bandar Gaza semalam.
Mereka berhimpun untuk membantah ucapan Obama yang dibuat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York kelmarin yang disifatkan sebagai memihak kepada Israel.
Lebih 1,000 penduduk Palestin yang membawa sepanduk mengecam Obama berhimpun di luar ibu pejabat Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas di sini sebelum berarak ke pusat bandar dengan melaungkan ungkapan: "Amerika tidak tahu malu kerana menyokong penjajahan (Israel)."
Di Bandar Gaza, sekitar 300 wanita berhimpun di luar ibu pejabat PBB dengan melaungkan slogan anti-Obama dengan mereka diawasi oleh pasukan keselamatan Hamas.
Ucapan Obama pada Perhimpunan Agung PBB di bandar raya New York, AS kelmarin menerima kecaman hebat daripada seluruh penduduk Palestin.
Dalam ucapannya, Presiden AS berkenaan mengulangi bantahan Washington terhadap usaha Palestin untuk menjadi sebuah negara merdeka sebagai anggota penuh PBB.
Obama turut bersimpati dengan perjuangan Israel di rantau Asia Barat tanpa menyentuh sedikit pun tentang penjajahan Israel ke atas Palestin atau pembinaan penempatan-penempatan haram Yahudi oleh rejim Zionis. - AFP
Sabtu, September 24, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Palestin & Amerika silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "