PENDUDUK Palestin mengecat keldai dengan warna bendera Israel dan dilekat nama Obama dalam satu perarakan menyokong permohonan menjadi negara anggota PBB.
Palestin serah dokumen jadi ahli PBB kepada Setiausaha Agung
NEW YORK : Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negaranya meskipun Israel terus menjajah wilayahnya dan Amerika Syarikat pula berikrar menggunakan kuasa veto terhadap langkah berkenaan.
Abbas, 76, menyerahkan permohonan rasmi itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dalam pertemuan yang dijadualkan pada 11.35 pagi waktu tempatan semalam untuk diputuskan selepas ini oleh Majlis Keselamatan, kata duta Palestin ke badan dunia, Riyad Mansour.
Langkahnya itu menunjukkan pihak Palestin sudah hilang kepercayaan terhadap proses damai anjuran Amerika sejak 20 tahun lalu yang tidak pernah membawa kemajuan.
Sebaliknya, pemimpin Palestin melihat Israel yang juga sekutu Amerika memperluaskan kawasan penempatan Yahudi dengan lebih besar dan pantas dalam tempoh itu yang meliputi tanah untuk membina negara Palestin.
Perkara itu mengurangkan lagi pengaruh Washington di rantau yang digegarkan oleh kebangkitan penduduknya sekali gus menyebabkan Israel semakin terpencil akibat pendirian pemerintah baru.
Abbas akan berucap di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebelum meninggalkan New York dan pulang ke wilayah Palestin untuk mengadakan rundingan mengenai langkah seterusnya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang pada saat akhir baru mahu meminta Abbas bersemuka dengannya di New York, juga akan berucap di UNGA.
Permintaan Palestin itu kemudian akan dibentangkan kepada anggota Majlis Keselamatan. Ia memerlukan sokongan sembilan daripada 15 anggotanya. Amerika sudah menyatakan kesediaan menggunakan kuasa veto terhadap usul itu.
Penasihat diplomatik Abbas, Majdi al-Khaldi pula berkata, perunding Palestin percaya mereka akan memperoleh undi diperlukan.
Tetapi, beliau juga mendedahkan: Tiga anggota badan itu kini menghadapi tekanan Amerika iaitu Bosnia, Gabon dan Nigeria. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mencadangkan pemimpin Palestin diberi status sementara pemerhati bukan anggota dan jadual rundingan baru mengenai keahlian penuh dalam tempoh setahun.
Presiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy, pula menggesa pemimpin Israel dan Palestin menyambung rundingan ketika memberi ucapan di PBB. - Reuters/AFP
+
RAMALLAH : Rakyat Palestin sudah bersedia untuk meraikan permohonan rasmi untuk menjadi anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun mendapat tentangan daripada Washington dan Israel, semalam.
Sebuah televisyen besar diletakkan di tengah bandar ini untuk rakyat menyaksikan Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberi ucapan bersejarah di Perhimpunan Agung PBB.
Rakyat Palestin dijangka berhimpun pada jam 3petang (waktu GMT), setengah jam awal sebelum Mahmud dijadualkan menyerahkan permohonan secara rasmi kepada Setiausaha PBB, Ban Ki-moon pada jam 3.35 petang (waktu GMT) di New York.
Mahmud dijangka membuat ucapannya pada jam 4.30 petang (waktu GMT) dan Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin, telah meminta semua masjid di Tebing Barat melaungkan ucapan "Syukur kepada Allah dan memohon supaya Allah membantu Mahmud untuk merealisasikan impian rakyat Palestin."
Semua jalan di pekan dan bandar utama dipenuhi kibaran bendera Palestin dan panji-panji logo kempen untuk Palestin menjadi anggota PBB yang ke 194. - AFP
Ahad, September 25, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tunggu detik bersejarah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "