Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 12:12 PM

25Ahad,September

Ahmadinejad gelar AS, Eropah penjajah angkuh

NEW YORK : Diplomat Amerika Syarikat dan delegasi 30 negara lain bertindak keluar dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan kuasa besar itu dan sekutunya di Eropah Barat sebagai kuasa angkuh yang tamak dan suka campur tangan ketenteraan di negara lain.

Langkah dua diplomat Amerika yang pakar dalam Asia Barat diikuti perwakilan lain daripada lebih 30 negara termasuk Kesatuan Eropah (EU), Australia, New Zealand, Somalia, Liechtenstein, Monaco, San Marino dan Macedonia. Israel turut memboikot ucapan terbabit.
Ucapan berapi-api Ahmadinejad yang anti-Amerika dan anti-Israel perkara biasa dalam UNGA.
Beliau mengecam Amerika dan kuasa besar Eropah kerana menculik berjuta-juta rakyat Afrika dan menjadikan mereka hamba, menggugurkan beribu-ribu butir bom di negara lain dan menguasai Majlis Keselamatan PBB.
Beliau juga mengutuk Amerika kerana menggunakan bom nuklear terhadap Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan melaksanakan dan menyokong pemerintahan diktator tentera dan rejim kuku besi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Ketua hamba dan kuasa penjajah yang sama menghasut dua perang dunia mencetuskan kesengsaraan besar dan huru-hara di seluruh dunia.
Adakah kuasa angkuh ini benar-benar mempunyai kecekapan dan keupayaan untuk memerintah dunia, sindir Ahmadinejad.
Beliau menjawab soalan itu dengan menggesa perkongsian dan pengurusan bersama dunia untuk menamatkan masalah pada masa ini termasuk diskriminasi seluruh dunia.
Tahun lalu beliau berkata, masa depan adalah milik Iran dan mencabar Amerika Syarikat untuk menerima hakikat bahawa negaranya ada peranan penting di dunia.
Tahun lalu, Ahmadinejad turut menyebabkan perwakilan Amerika, EU dan beberapa lagi keluar dewan apabila berkata majoriti penduduk di Amerika dan seluruh dunia percaya kerajaan Amerika sendiri melakukan serangan 11 September 2011 (9/11) dalam usaha untuk memastikan keselamatan Israel.

Ahmadinejad turut menyalahkan Amerika sebagai kuasa di sebalik sekatan Majlis Keselamatan PBB terhadap Iran berikutan keengganan Tehran menangguhkan pengkayaan uranium. - AP
Unknown , Ahad, September 25, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog