2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 9:46 AM

15Khamis,September

Obama bohong rakyat Amerika

Al-Qaeda tuduh kerajaan AS hamba Yahudi dalam video sempena 9/11

HONG KONG : Pergerakan al-Qaeda menyiarkan video sempena ulang tahun ke-10 tragedi 9/11 yang turut memaparkan mesej bekas pemimpinnya, Osama bin Laden, memberi amaran kepada rakyat Amerika Syarikat berjaga-jaga tidak menjadi 'hamba syarikat besar dan wang Yahudi.'

Video 62 minit itu bertajuk The Dawn of Imminent Victory (Permulaan ke arah Kejayaan Besar) juga menampilkan ucapan pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri yang menyokong revolusi 'Kebangkitan Warga Arab,' kata kumpulan perisikan AS yang memantau dunia web, SITE Intelligence, semalam.

Agensi itu berkata, mesej Osama itu mungkin sama dengan rakaman yang ditemui dalam serbuan Amerika ke atas tempat persembunyiannya di Pakistan Mei lalu, yang disiarkan Washington tanpa bunyi latar.

Osama yang dibunuh komando SEAL, memberi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak 'terjerumus hingga menjadi hamba kawalan syarikat besar dan wang modal Yahudi,' kata SITE.

Beliau mencadangkan supaya rakyat Amerika membaca buku Obama's War nukilan bekas wartawan, Bob Woodward yang memperincikan pertengkaran hebat berhubung cara tentera Amerika membuat keputusan dan memberitahu mereka bahawa slogan kempen Obama iaitu 'Yes, we can' adalah tidak benar.

Zawahiri yang kini lelaki paling dikehendaki Washington membuat ucapan panjang lebar mengenai insiden masa lalu termasuk revolusi dunia Arab dan kematian Osama yang digantinya selepas sekian lama menjadi orang nombor dua al-Qaeda.

"Zawahiri mengisytiharkan bahawa bertentangan daripada apa yang dilaporkan media, al-Qaeda menyokong revolusi dan berharap ia dapat mewujudkan negara Islam sebenar dan pentadbiran berasaskan syariah.

"Revolusi popular, katanya, adalah satu bentuk kekalahan buat Amerika Syarikat, sama seperti serangan 9/11 dan mendakwa kekurangan kejayaan di Afghanistan dan Iraq juga satu kekalahan," kata SITE.

Al-Qaeda tidak disebut sebagai faktor dalam bantahan popular yang melanda dunia Arab tahun ini, menjurus kepada kejatuhan pemimpin Mesir, Libya dan Tunisia serta mencetuskan kekacauan besar di tempat lain.

Penganalisis mempertikaikan bahawa fenomena itu menyebabkan kumpulan pengganas global lemah dan tidak relevan.

Zawahiri memuji Osama sebagai seorang pejuang yang berjaya mengalahkan tentera Russia di Afghanistan serta Amerika dan berkata beliau sudah berkorban segala-galanya.

"America menafikan hakikat ia tidak berdepan individu atau kumpulan namun keseluruhan ummah (masyarakat Islam). Selepas pembunuhan Osama, wajah revolusi Islam sudah muncul.

"Amerika bersikap sombong secara semula jadi menafikan hakikat ia berdepan kebangkitan ummah dan ia mungkin punca kekalahan dan kejatuhannya dengan izin Allah," katanya lagi.

Seperti juga Osama, Zawahiri berada dalam tempat persembunyian sejak Amerika melancarkan kempen memerangi keganasan selepas serangan 11 September 2001. – AFP
Unknown , Khamis, September 15, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog