/

Majlis Keselamatan PBB mula bincang permohonan Palestin

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan tertutup kelmarin, untuk perbincangan buat kali pertama permohonan Palestin menjadi negara anggota.

Pertemuan itu membincangkan proses yang dijangka mengambil masa beberapa minggu. Presiden majlis itu, Duta Lubnan, Nawaf Salam, berkata badan 15 anggota itu akan mengadakan pertemuan rasmi hari ini untuk merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa kemasukannya.
Proses sudah bermula dan kami harap Majlis Keselamatan meneliti permohonan ini. Ini langkah yang pasti menerima tekanan boleh beberapa negara tertentu ke atas negara anggota Majlis Keselamatan tetapi kami percaya kami mempunyai ramai rakan dalam majlis ini, kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour.
Dalam tindakan dramatik Jumaat lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyerahkan permohonan untuk Palestin yang merangkumi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjadi negara anggota PBB dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di sebalik tentangan kuat Israel dan Amerika Syarikat, yang menyifatkan proses damai Asia barat cuma boleh dicapai menerusi rundingan.
Palestin yang kini memegang status pemerhati di badan dunia itu, berkata dua dekad rundingan damai menemui jalan buntu dan langkah awal menyertai PBB bertujuan menaikkan paras diplomatik menyamai Israel, anggota penuh PBB.
Sekutu kuat Israel, Amerika berikrar menggunakan kuasa pembatal untuk menolak permohonan itu tetapi jika Palestin boleh mengumpul sembilan undi yang memihak kepadanya (bilangan yang diperlukan untuk meluluskan resolusi kecuali jika dikenakan kuasa pembatal) mereka sudah memperoleh kemenangan moral.
Jika gagal berbuat demikian, Washington perlu mengelak menggunakan kuasa veto terhadap permohonan itu, yang akan mencalit keaiban kepada hubungan diplomatik dan kemungkinan mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Arab.

Cuma enam negara dalam majlis berkenaan mempunyai kuasa mengundi untuk keanggotaan Palestin. Empat negara Kesatuan Eropah dijangka sama ada mengambil sikap berkecuali atau menentang manakala Bosnia, Colombia, Gabon dan Nigeria tidak menyatakan pendirian muktamad. - Reuters
Unknown , Khamis, September 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog