Terkini, seorang suami bertemujanji menerusi penggilan telefon, meminta kepastian tentang ketaatan yang wajib bagi seorang isteri terhadap suaminya termasuk tentang izin keluar rumah dan melakukan sesuatu tindakan.
Saya yakin, bukan lelaki tersebut sahaja menghadapi masalah sedemikian kan. Ya! Tindakan dan perlakuan si isteri yang serupa kes tadi bukanlah satu tindakan yang dibenarkan oleh syarak.
*****

Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah."
Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya.
Saya yakin, anda boleh baca tentang kisah ini dalam banyak buku panduan wanita dan isteri solehah.
*****
Dapatkan izin ya dan bukan beritahu.Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau anda beritahu dan suami tak izinkan, anda tak boleh lakukan perkara yang anda hajati tersebut. Lantaran, bagi memudahkan urusan dalam kehidupan seharian, saya selalu praktikkan meminta izin daripada suami secara umum: Saya mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga. Bukan bererti dengan izin umum tersebut, tak perlu lagi izin suami. Masih perlu tetapi izin umum tersebut jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami.
Jika anda adalah mangsa keganasan dan anda mula bimbang dengan keselamatan diri anda dan anak-anak, anda boleh keluar daripada rumah walau tanpa pengetahuan atau izin suami tetapi pastikan anda buat aduan ke balai polis berhampiran dahulu. Nyatakan tujuan anda keluar kerana bimbangkan keselamatan diri anda dan anak (jika ada) disebabkan tindakan suami yang bertindak membahayakan keselamatan dan nyawa anda. Kemudian, buat aduan ke pejabat agama pula. Ingat!!
Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk ja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis.
Dalam kes keselamatan berkaitan penyakit atau kelahiran, jika doktor mengesahkan anda perlu lakukan sesuatu demi keselamatan nyawa anda tetapi suami tidak izinkan, tika ini anda boleh mengenepikan izin suami. Dengan syarat, membahayakan nyawa. Bukannya kemaslahatan sosial atau kewangan ya...
Perkahwinan adalah perkongsian, hormatilah pasangan anda dengan dapatkan izin untuk lakukan sesuatu, bukan hanya izin suami tetapi juga izin dan beritahu isteri... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda...

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "