8,000 diwawancara di 20 bandar mengenai keselesaan memandu
CHICAGO : Memandu di Bandar Raya Mexico diibaratkan sebagai satu mimpi ngeri, sementara di Montreal keadaannya disifatkan amat selesa.
Ia hasil tinjauan ditaja IBM yang disiarkan semalam selepas mewawancara 8,000 orang di 20 bandar yang biasa memandu.
Menyusuli Bandar Raya Mexico ialah Shenzhen, Beijing, Nairobi, Johannesburg, Bangalore, New Delhi, Moscow, Milan, Singapura, Buenos Aires, Los Angeles, Paris, Madrid, New York, Toronto, Stockholm, Chicago, London dan Montreal.
Responden ditanya mengenai tahap 'kesulitan ketika memandu' dan kesannya terhadap pemandu dari segi tekanan, hilang masa hingga sejauh mana ia menjejaskan kesihatan.
"Kesesakan lalu lintas menurun pada tahap global, sementara kesulitan ketika memandu semakin meningkat," kata Pengarah Sistem Pengangkutan Pintar IBM, Vinodh Swaminathan.
Katanya, Kelemahan ekonomi dan harga tinggi bahan api dua alasan bagi penurunan kesesakan lalu lintas sejak tinjauan itu kali pertama dijalankan empat tahun lalu.
Pelaburan besar untuk infrastruktur jalan dan transit awam oleh kemunculan kuasa ekonomi China dan India turut membantu.
Namun, 41 peratus pemandu yang ditinjau enggan memandu dan sebaliknya mahu menaiki pengangkutan awam jika boleh.
Bandar Raya Mexico memiliki indeks kesulitan memandu paling tinggi iaitu 108, berbanding 21 di Montreal.
Pihak berkuasanya sudah bercadang membelanjakan lebih AS$2 bilion (RM5.99 bilion) dalam beberapa tahun akan datang untuk mengurangkan masalah kesesakan teruk, kata Swaminathan dalam satu temuramah.
"Anda tidak boleh selesaikan masalah ini kerana kesesakan sudah wujud. Ia perlu ada keseimbangan antara pembaikan infrastruktur dan teknologi," katanya.
Stockholm di tempat keempat terbaik dalam senarai 20 bandar, memasang sistem harga kesesakan bagi mengurangkan permintaan, mengurangkan kesesakan kepada 25 peratus dan separuh masa perjalanan, katanya. - Reuters
Sabtu, September 10, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lalu lintas Mexico paling sesak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "