Peralatan dapur kerap digunakan bagi kegunaan sehari-hari dan ini sudah tentu memerlukannya dibersihkan selalu. Berikut adalah tip mudah pembersihan peralatan dapur anda.
Rujuk manual penggunaan. Sebelum menjalankan kerja-kerja pembersihan, anda perlu kenal pasti apakah komponen yang terdapat pada peralatan tersebut bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraannya.
Mulakan dengan kerja mudah. Lakukan kerja pembersihan yang mudah dan ringan terlebih dahulu, seperti bersihkan bahagian luarnya dengan menggunakan air berserta sedikit sabun sudah memadai.
Tanggalkan plug penyambung. Sebelum memulakan tugastugas pembersihan, cabut plug penyambungnya terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Tanggalkan plug penyambung. Sebelum memulakan tugastugas pembersihan, cabut plug penyambungnya terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Jangan cuci secara terus. Meskipun telah dimatikan, jangan sekali-kali cuci atau basuh peralatan anda itu dengan menggunakan air secara terus. Cukuplah sekadar anda membasahkan kain dan bersihkan pada tempat yang perlu sahaja.
Jangan cuci secara terus. Meskipun telah dimatikan, jangan sekali-kali cuci atau basuh peralatan anda itu dengan menggunakan air secara terus. Cukuplah sekadar anda membasahkan kain dan bersihkan pada tempat yang perlu sahaja.
Periksa kepala plug. Inilah masanya bagi anda untuk memeriksa keadaan kepala plug peralatan anda. Kepala plug sebaiknya perlu sentiasa dijaga supaya tidak berlaku lintar pintas.
Periksa kepala plug. Inilah masanya bagi anda untuk memeriksa keadaan kepala plug peralatan anda. Kepala plug sebaiknya perlu sentiasa dijaga supaya tidak berlaku lintar pintas.
Petua Hilangkan Bau Tong Sampah
Sampah daripada lebihan memasak dan sebagainya kadangkala menghasilkan bau yang agak kurang menyenangkan. Tentunya bau ini sedikit sebanyak melekat pada tong sampah anda. Tip berikut boleh digunakan untuk mengurangkan bau-bauan kurang enak pada tong sampah.
Serbuk penaik soda. Gunakan serbuk ini untuk menyerap bau kurang enak dalam tong sampah. Taburkan pada permukaan bawah tong atau ke dalam tong sampah terbabit.
Peluntur. Peluntur bukan sahaja boleh diguna pada lantai dan pakaian anda sahaja. Amat berkesan dalam membunuh kuman punca bau, gunakan peluntur untuk mencuci tong sampah anda.
Hilangkan Kesan Minyak pada Fabrik
Langsir atau alas meja anda terkena kesan kotoran makanan berminyak dan anda tiada masa untuk mencuci keseluruhan fabrik tersebut. Panduan berikut boleh membantu anda menghilangkan kesan minyak tersebut.
1. Anda boleh menggunakan pisau tumpul atau sudu bagi membuang lebihan kotoran pada fabrik tersebut.
2. Gunakan sedikit cecair pencuci pada tempat terkena minyak tersebut.
3. Biarkan cecair tersebut selama tiga hingga lima minit supaya sabun dapat meresapi sepenuhnya di kawasan terlibat.
4. Tuang sedikit air suam pada kawasan terlibat. Berhati-hati agar tidak terkena pada kawasan lain.
5. Gosok sedikit pada kawasan terlibat ketika air dilalukan supaya kesan kotoran mudah ditanggalkan. Keringkannya pada sumber cahaya dan pengudaraan mencukupi.
Cuci yang mana dahulu?
Pinggan mangkuk yang bertimbun tentunya memeningkan kepala anda. Mana satu yang harus dibersihkan terlebih dahulu. Pilihan harus dibuat agar kutleri anda tersedia untuk digunakan pada esok hari.
1. Asingkan pinggan mangkuk anda terlebih dahulu, terutamanya yang ada kesan kotoran minyak.
2. Mulakan cucian dengan gelas berkaca terlebih dahulu.
3. Kemudian, pinggan bersaiz sederhana, seperti pinggan sos dan kuih-muih.
4. Kemudian cawan dan mug.
5. Bersihkan kesan makanan pada pinggan terlebih dahulu sebelum dicuci.
6. Bersihkan pula set kutleri (sudu dan garpu) anda.
7. Akhir sekali, bahagian berminyak, iaitu set kuali dan memasak anda.
Limau membantu tanggalkan kotoran
Ada antara kita membersihkan pinggan mangkuk, cukup sekadar menggunakan sabun pencuci sahaja. Mungkin betul, kerana produk cucian di pasaran telah diformulasikan untuk membantu menanggalkan kesan kotoran. Bagaimanapun, terdapat cara lain yang dapat membantu menanggalkan kesan kotoran dengan lebih berkesan dan dalam masa yang sama mesra alam.
Masukkan potongan limau nipis pada bekas cecair pencuci pinggan mangkuk anda. Cecair limau nipis telah diakui akan keberkesanannya, malah turut digunakan dalam pembuatan sabun pencuci pinggan mangkuk.
Khamis, September 15, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
,
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5
Anda sedang membaca artikel tentang BERSIHKAN PERALATAN DAPUR ANDA silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "