LONDON : Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini.
Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.
Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman.
Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.
Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat.
Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui.
Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.
Selain wang tunai, peti keselamatan itu turut berisi ketulan emas, barang antik serta pelbagai barang berharga.
Menurut polis Jepun, hampir semua wang yang ditemui di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu dikembalikan kepada pemiliknya.
Menurut pegawai poils Miyagi, Koetsu Saiki, usaha mengesan pemilik harta itu lebih mudah kerana kebanyakan penduduk di situ menyimpan buku bank atau geran tanah yang menyatakan nama dan alamat mereka.
"Pada satu ketika, polis menerima terlalu banyak peti keselamatan sehinggakan kami sukar mencari tempat untuk menyimpannya," katanya.
Hingga kini pun, kata Saiki, masih ada ramai yang tampil memulangkan barangan bernilai kepada polis setiap minggu.
Amalan menyimpan wang yang banyak di rumah atau pejabat bukan asing kepada masyarakat Jepun, terutama di kawasan pesisir pantai.
Di situ, kebanyakan syarikat perikanan lebih suka berurus niaga menggunakan wang tunai. - DM
Sabtu, Ogos 20, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Warga Jepun amanah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "