KAHERAH 9 Ogos - Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.
Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.
"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.
"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.
Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.
"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu. - Agensi
Khamis, Ogos 11, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "