/

Tempoh 2 Tahun Lagi Sebelum Rangka Manusia Purba Dibawa Pulang Dari Amerika Syarikat



MIRI, 8 Ogos - Sekurang-kurangnya tempoh dua tahun lagi diperlukan sebelum Sarawak dapat membawa pulang 122 rangka manusia purba dari Gua Niah yang dibawa ke Amerika Syarikat oleh pakar arkeologi negara itu pada pertengahan 1960-an.

Kurator Muzium Sawarak, Ipoi Datan hari ini berkata persiapan sedang dibuat dengan bantuan Jabatan Warisan Negara untuk membawa pulang rangka berkenaan, yang kini berada di Universiti Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Ia membabitkan perbincangan yang panjang, termasuk urusan Imigresen dan isu kesihatan yang perlu diselesaikan tetapi kami menjangkakan ia berjaya dibawa pulang selewat-lewatnya pada 2013 atau 2014," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Pameran Arkeologi Malaysia di Muzium Petroleum di sini hari ini.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak, Mong Dagang merasmikan pameran itu yang akan berlangsung sehingga 31 Dis ini.

Ipoi berkata sebaik dibawa pulang, kesemua rangka berkenaan akan ditempatkan di bilik pameran khas di Muzium Petroleum di sini.

Dianggarkan keseluruhan projek itu membabitkan kos RM1.5 juta termasuk perbelanjaan menjejaki rangka, perjalanan ke Las Vegas, tiket penerbangan dan pembinaan bilik kurasi khas serta kemudahan di Muzium Petroleum.

Inisiatif membawa pulang rangka manusia purba itu bermula selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mencadangkan perkara itu ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Arkeologi Borneo pada tahun lepas.

Pada majlis itu, Abdul Taib berkata dua pakar arkeologi dari Universiti Nevada, Dr Richard dan Sheilagh Brooks yang menjalankan penyelidikan tentang rangka itu membawanya ke Amerika Syarikat antara 1965 dan 1966.

Katanya mereka telah menyediakan beberapa laporan mengenai penemuan rangka manusia itu namun sehingga kini tiada satupun diterbitkan.

Kesemua rangka manusia purba itu merupakan warisan yang tidak ternilai bagi Sarawak dan Malaysia, justeru ia harus dibawa pulang untuk memudahkan pakar arkeologi tempatan menyelidik dan menganalisis penemuan itu, tambah beliau. - Bernama
Muhammad Ttuyup , Rabu, Ogos 10, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog