/

Risiko Dera Seksual Dihadapi Semua Kanak-kanak Tanpa Kira Gender - Dr Zainal Ariffin

PUTRAJAYA, 22 Ogos - Bertentangan dengan kepercayaan ramai, risiko penderaan seksual dihadapi oleh semua kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan.

Malah, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar berkata mungkin banyak kes kanak-kanak lelaki didera secara seksual tidak dilapor kerana aib dan stigma masyarakat.

"Sememangnya berita mengenai pemangsa seksual menakutkan, akan tetapi tambah menakutkan ialah penderaan seksual lazimnya dilakukan seseorang yang dikenali kanak-kanak itu dan sepatutnya boleh dipercayai, iaitu saudara rapat.

"Kanak-kanak yang didera secara seksual sering diburu rasa malu dan bersalah. Mereka mungkin berasakan mereka punca penderaan itu dan ini boleh membawa kepada perasaan bencikan diri sendiri dan masalah seksual apabila mereka meningkat dewasa, selalunya terlibat dalam kegiatan seks rambang melampau atau tidak mampu menjalinkan hubungan intim
," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Antarabangsa Perundangan Perubatan 2011: Dera dan Abai Kanak-Kanak, di sini Isnin.

Mengenai penderaan fizikal, Dr Zainal ariffin berkata kebanyakan ibu bapa atau penjaga yang mendera mendakwa tindakan mereka hanya untuk mendisiplinkan kanak-kanak terbabit agar berkelakuan lebih baik.

Bagaimanapun katanya, wujud perbezaan besar antara penggunaan hukuman fizikal untuk tujuan disiplin dan penderaan fizikal iaitu untuk mendidik mereka antara betul dan salah, bukan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan.

Dr Zainal Ariffin berkata kajian terkini menunjukkan amat penting bagi kanak-kanak berasa disayangi dan dikelilingi suasana yang merangsangkan dalam tempoh tiga tahun pertama hidup mereka untuk membina otak yang sihat.

Ini bermakna kanak-kanak yang tidak menerima layanan sewajarnya pada usia awal mungkin mengalami perkembangan otak suboptimum, katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu turut terdedah kepada stres yang bukan saja menjejaskan perkembangsan sistem saraf dan imun, tetapi juga meningkatkan risiko masalah kesihatan apabila dewasa seperti ketagihan arak, kemurungan, penyalahgunaan dadah, serta lain-lain penyakit kronik.

"Banyak kajian menunjukkan mereka yang pernah didera akan mendera anak sendiri atau pasangan mereka di kemudian hari," katanya.

Dr Zainal Abidin berkata antara langkah yang diambil kementerian untuk membendung gejala itu termasuk menubuhkan Pusat Krisis Sehenti (OSCC) yang pada tahun lepas mencatatkan 434 kes dera fizikal dan seksual.

OSCC diwujudkan di semua Jabatan Kecemasan hospital kerajaan dan beroperasi 24 jam serta berperanan sebagai pintu masuk bagi kes penderaan di hospital.

"Pemeriksaan awal terhadap kanak-kanak terbabit juga dilakukan di pusat ini sebelum dimasukkan untuk pemeriksaan lanjut serta diberikan rawatan dan kaunseling," katanya.

Kongres tiga hari anjuran Jabatan Peguam Negara itu bertujuan membangkitkan kesedaran dan membincangkan trend terkini berhubung kes penderaan kanak-kanak dengan mengumpulkan semua pakar berkaitan. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Rabu, Ogos 24, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog