/

Perokok wanita lebih mudah diserang sakit jantung berbanding lelaki


NEW YORK : Wanita yang merokok lebih berkemungkinan menghidap penyakit jantung berbanding perokok lelaki, demikian menurut satu kajian.

Risiko itu semakin meningkat setiap tahun bagi para wanita yang merokok, kata kajian itu lagi.

Para penulis kajian tersebut, yang dipimpin Dr Rachel Huxley dari Universiti Minnesota, telah menyemak kajian-kajian yang diterbitkan dari 1966 hingga tahun lalu ke atas 2.4 juta orang.

Mereka mendapati perokok wanita menghadapi risiko 25 peratus lebih tinggi menghidap penyakit jantung berbanding perokok lelaki.

Mereka juga mendapati perbezaan risiko antara perokok lelaki dengan wanita meningkat sebanyak 2 peratus setiap tahun.

'Dalam beberapa kumpulan penduduk, didapati kegiatan merokok bertambah di kalangan wanita. Ia merupakan faktor risiko bagi penyakit jantung,' tulis Dr Huxley dan rakan-rakannya di jurnal perubatan The Lancet.

'Sama ada mekanisme yang tersembunyi dalam perbezaan risiko antara jantina berhubung penyakit jantung adalah biologikal atau berkaitan dengan perbezaan tabiat merokok antara lelaki dengan wanita belum lagi jelas.

'Program kawalan penggunaan tembakau harus turut menimbangkan kaum wanita, khususnya mereka yang tinggal di negara-negara dengan tabiat merokok di kalangan wanita muda semakin meningkat,' katanya.

Seperlima daripada 1.1 bilion perokok di dunia adalah wanita, dan satu analisis yang dikeluarkan Mac lalu berkata jutaan wanita di negara-negara sedang membangun menghadapi risiko penyakit tersebut dan kematian, sedang keadaan ekonomi dan politik mereka mendorong mereka lebih kuat merokok.

'Perbezaan jantina ini masih belum disedari secara meluas,' ujar Dr Huxley.

'Contohnya, ada beberapa data yang menunjukkan wanita akan menyerap lebih banyak daripada agen-agen perosak dalam rokok berbanding lelaki.

'Wanita mungkin menyedut lebih banyak asap atau mereka mungkin merokok lebih intensif lagi,' tambahnya.

Dr Huxley berkata langkah beliau selanjutnya ialah untuk menyelesaikan satu kajian yang sama bagi menyiasat jika dapatan yang sama boleh digunakan pada komplikasi lain yang berkaitan dengan merokok, seperti serangan strok. - Reuters.
Muhammad Ttuyup , Ahad, Ogos 14, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog