RIYADH : Bilangan jemaah yang mengerjakan umrah ketika Ramadan mencecah empat juta ketika dua minggu awal bulan puasa kali ini dan mereka berbelanja lebih SR4 bilion (RM3.1 bilion) membeli cenderamata dan hadiah, menurut perangkaan.
Semua jemaah umrah, tidak kira kerakyatan dan latar belakang, umumnya membeli hadiah berbentuk kerohanian untuk diberikan kepada saudara mara dan rakan-rakan untuk membuktikan kehadiran mereka ke Makkah dan Madinah, menurut laporan.
Antaranya termasuk Tasbih, kraftangan, sejadah dan telekung adalah pilihan utama jemaah umrah, terutama ketika Ramadan.
Keadaan ini menggalakkan peniaga bersaing menawarkan pelbagai jenis cenderamata berkualiti tinggi kepada mereka.
Seorang pakar tekstil dan peniaga, Salem Al-Ammari, berkata pelawat ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi membeli banyak telekung sebagai cenderamata dan ia melonjakkan penjualan hingga 150 peratus.
Peniaga tekstil mengimport fabrik tertentu, katanya, sambil menambah membeli telekung tidak terhad kepada pelawat tetapi juga dianggap hadiah penting untuk ditukar ganti oleh jemaah wanita ketika Ramadan.
Salem menegaskan apa yang membezakan tekstil solat tahun ini ialah ia lebih mesra alam, dan dihasilkan daripada serat semula jadi yang membolehkan udara menembusinya dan mengelakkan masalah kulit yang mungkin terjadi apabila kulit tersentuh dengan fabrik tertentu ketika bersolat.
Peningkatan bilangan jemaah umrah dan penjualan, menurut pakar ekonomi, bukan hanya membuka peluang pelaburan dalam pasaran pelancongan berasaskan agama, tetapi juga turut membantu membina semula konsep ekonomi agama untuk menekankan kepentingan tempat dan kualiti serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. - Agensi

Selasa, Ogos 23, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Perbelanjaan jemaah umrah cecah RM3.1 bilion silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "